Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni Mahu Tebus Dalam...

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang bertekad menebus kekecewaan apabila turun bertanding...

Kevin Zahri Akui Tidak...

SEMANGAT dan tekad yang dimiliki oleh perunding kesihatan terkenal, Kevin Zahri ini sesungguhnya layak...

“Nampak Asap Hitam Dari...

KUANTAN - "Saya nampak asap hitam dari tingkat atas asrama sebelum sedar ada...

Kurang 1,000 Syarikat Di...

KOTA KINABALU - Kastam Diraja Sabah sudah mengenal pasti kurang 1,000 syarikat yang...

Dua Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Johor

Dua lelaki disyaki penjenayah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di Johor Bahru, kira-kira 5 petang, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor M Kumar berkata seorang suspek berusia 42 tahun, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati individu berusia 42 tahun itu mempunyai 38 rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

“Kejadian ini berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian D14, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian D9, JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengekori sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima berwarna putih yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila menyedari diekori, suspek bertindak melarikan diri sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis yang sedang mengekori rapat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


M Kumar berkata tindakan suspek itu menyebabkan pihak polis turut melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki suspek dan insiden berbalas tembakan berlarutan sehingga keadaan selamat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada di dalam Toyota Estima itu terkena tembakan dan maut di lokasi.

Pihaknya turut menemukan dua pucuk pistol di dalam kenderaan itu serta sepucuk pistol pada badan seorang suspek.

“Selain itu, polis turut menjumpai pelbagai jenis bahan dipercayai dadah berbahaya di dalam kenderaan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori