Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guna Khidmat Pakar Psikologi...

KUALA LUMPUR ā€“ Pemain tenis kebangsaan tidak perlu mempunyai perasaan rendah diri terhadap...

Wani Peroleh Keputusan Cemerlang...

TAHNIAH... Penyanyi, Wani Kayrie meluahkan rasa lega apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam...

BN Selesai Umum Calon...

KUALA LUMPUR ā€“ Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan...

Serangan Udara AS Sasar...

WASHINGTON - Amerika Syarikat disertai Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meneruskan...

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

LONDON : Battersea Power Station baru-baru ini menerima kedatangan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena acara rangkaian Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), yang menjadi sebahagian daripada Minggu Teknologi London 2024.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Menandakan tahun kedua berturut-turut MDEC menganjurkan majlis sambutannya untuk Minggu Teknologi London di Battersea Power Station, Menteri Digital itu disambut oleh Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd, Tan Sri Jagan Sabapathy.

Acara itu telah diadakan di The Light Box, 50 Electric Boulevard, ruang pejabat berteknologi tinggi baharu Battersea Power Station seluas 200,000 kaki persegi, yang dilancarkan awal tahun ini.

Direka oleh Foster + Partners, tempat kerja yang lestari itu ialah peluang terkini untuk perniagaan menyertai kejiranan Battersea Power Station, bersama lebih 60 syarikat yang sudah mempunyai pejabat di hartanah itu termasuk peneraju teknologi global, Apple dan SharkNinja.

Battersea Power Station Development Company dalam satu kenyataan berkata, Light Box ialah ruang kemudahan unik yang mampu memuatkan 240 orang dengan dilengkapi kawasan persembahan, pokok dan ‘skylight’ gergasi yang dikongsi bersama 50 penyewa Electric Boulevard.

Menerajui dalam reka bentuk pejabat moden, ia berkata, 50 Electric Boulevard direka bentuk untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan.

Katanya, bahan binaan yang lestari dan tiada liang digunakan, mengandungi kurang bakteria berbanding bahan binaan biasa, mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk pekerja.

Sementara itu, jelasnya, aplikasi penyewa membolehkan pekerja memantau prestasi bangunan, menganalisa penggunaan alam sekitar dan menikmati perjalanan tanpa sentuhan dari penerimaan tetamu gaya ‘concierge’ ke meja mereka.

Mengulas mengenai Battersea Power Station, Gobind berkata, ia adalah kawasan kejiranan luar biasa yang dikuasakan oleh Malaysia, dan hanya dapat dicapai melalui pemikiran bercita-cita tinggi dan kemajuan teknologi yang inovatif, mewujudkan impak berkekalan kepada bandar global itu.

“Kita berbangga dapat menghimpunkan sektor teknologi Malaysia dan British pada acara rangkaian ini di 50 Electric Boulevard, memberikan peluang untuk mengembangkan sektor kita melalui perkongsian dan kerjasama,” katanya.


Sementara itu, Jagan pula berkata, bagi pihak semua pemegang saham, pihaknya berbesar hati untuk mengalu-alukan Menteri Digital itu dan MDEC kembali ke Battersea Power Station untuk sambutan tahunan mereka bagi Minggu Teknologi London.

Beliau berkata, Battersea Power Station ialah contoh yang luar biasa mengenai apa yang boleh dicapai melalui kerjasama Malaysia-United Kingdom (UK), menyelamatkan mercu tanda ikonik dan membina pusat bandar abad ke-21, yang kini menjadi rumah kepada peneraju teknologi global Apple dan SharkNinja, menjadikan kawasan kejiranan sebagai pilihan semula jadi untuk MDEC untuk berhubung dengan industri teknologi UK.

“Dengan lebih 3,500 pekerja pejabat yang berpangkalan di seluruh kawasan kejiranan, Battersea Power Station kini adalah reka bentuk dan tempat teknologi yang berkembang pesat bagi London dan 50 Electric Boulevard ialah peluang yang menarik untuk menyertai komuniti ini,” katanya.

Lebih 11.2 juta orang melawat Battersea Power Station pada 2023 dengan mercu tanda itu, lantas menjadi destinasi yang mesti dilawati di Central London.

Lebih 140 kedai, restoran, kafe dan pengalaman santai yang unik kini dibuka merentasi kawasan pinggir sungai, dari jenama antarabangsa utama termasuk ZARA, Nike, Uniqlo dan Apple, kepada jenama Malaysia seperti pakar piuter Royal Selangor dan restoran Roti King.

Pembukaan runcit selanjutnya akan berlangsung sepanjang 2024.

Dipelopori oleh konsortium syarikat yang terdiri daripada Sime Darby Property, SP Setia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang bersama-sama membentuk Battersea Project Holding Company, Battersea Power Station ialah projek penjanaan semula seluas kira-kira 17 hektar unik di Central London berpusat di sekitar stesen jana kuasa Gred II yang terkenal di dunia, yang apabila siap akan menempatkan lebih 25,000 penduduk dan pekerja.

Pada 2019, syarikat pengurusan dana terkemuka Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan KWSP menjadi pemegang aset komersial jangka panjang stesen jana kuasa, memastikan masa depan mercu tanda itu untuk banyak generasi akan datang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori