Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Maut Kemalangan...

KUANTAN - Seorang koperal polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah...

‘Langkah London’ Terlalu Jauh...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menyifatkan khabar angin berhubung 'Langkah...

Dek Baju Bunga-Bunga, Anak...

BARU-BARU ini, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah bercuti...

Kabinet: Saya Kena Dengar...

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pembentukan Kabinet dapat diumumkan...

Gugur BlackRock Beri Kesan Negatif Agenda Pelaburan Negara – MITI

KUALA LUMPUR : Firma pelaburan global, BlackRock Inc sudah memiliki pelaburan ekuiti dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia, membabitkan nilai aset keseluruhan RM27.5 bilion.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata jumlah itu membabitkan nilai RM20.5 bilion di Bursa dan RM7 bilion lagi dalam bon kerajaan dan syarikat korporat.

Justeru kata beliau, sebarang pengguguran pelaburan BlackRock dari Malaysia, jika berlaku akan mendatangkan implikasi dan kesan negatif dalam usaha untuk merealisasikan agenda pelaburan negara.

“BlackRock sudah ada di Malaysia sejak 1990-an. Setakat Mei lalu, BlackRock sebagai sebuah firma pelaburan global sudah memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia, merangkumi sektor industri dengan tiga entiti terbesar membabitkan institusi perbankan di negara ini,” katanya menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Guang Eng bertanyakan jumlah pelaburan oleh BlackRock atau syarikat yang kaitan dengannya dalam Malaysia, negeri mana terbabit dan apakah impak kepada ekonomi negara sekiranya semua pelaburan BlackRock berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini digugurkan.

Zafrul berkata, setakat 31 Mac lalu, aset di bawah pengurusan BlackRock sudah bernilai RM49.35 trilion dan syarikat itu turut memegang saham dalam hampir semua syarikat senaraian awam di seluruh dunia dan dana berdaulat di negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Bahrain dan Indonesia.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori