Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

6 Termasuk Seorang Wanita...

TAMPIN - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam...

Ketahui Jenis Sakit Kepala...

BAIK berpunca daripada tekanan atau berlaku secara tiba-tiba, sakit kepala yang secara mengejut...

Perkhidmatan Uber Kini Berada...

UBER agak popular di media massa sejak tahun lepas, dengan kosnya yang jimat,...

31,600 Surat Tawaran Haji...

Kuala Lumpur : Sebanyak 31,600 surat tawaran haji dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH)...

Hannah Yeoh Alu-Alukan SPRM Siasat Isu Kontrak Suami

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu kebenaran dan bukti yang sahih daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap terhadap projek Transit Responsif Atas Permintaan (DRT).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut beliau, siasatan melibatkan suaminya, Ramachandran Muniandy, sebagai pengasas bersama Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) itu disambut baik dan tidak akan menganggu proses siasatan.

“Sekarang siasatan telah bermula, saya mahu melihat kebenaran dan bukti yang mewajarkan dakwaan untuk keluar daripada siasatan ini.

“Oleh itu, tidak wajar untuk saya mengulas kerana ia boleh ditafsirkan sebagai gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

“Sebenarnya atas sebab inilah saya tidak berkata apa-apa lebih awal kerana pada pandangan saya cara terbaik ke hadapan dalam menangani dakwaan tersebut ialah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyiasat,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pihak SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Hannah daripada kerajaan Selangor.


Menurut sumber, aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baharu untuk diteliti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan beberapa aduan dan maklumat telah diterima berkenaan dengan isu ini.

Asia Mobiliti dilantik oleh kerajaan Selangor sebagai satu daripada dua syarikat untuk menjalankan projek perintis percubaan bas atas permintaan selama sembilan bulan.

Dalam pada itu, Hannah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menghubungi dan menyokong beliau.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghubungi saya untuk bersolidariti,” ujarnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori