Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suhu Di Arab Saudi...

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) memberi amaran bahawa Arab Saudi bakal berdepan...

Tak Nak Buat Seks,...

NGERI apabila melihat gambar-gambar yang dimuat naik seorang wanita dari United Kingdom yang...

Remaja Lelaki Maut Motosikal...

TAWAU - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori...

Pemuda UMNO Kutuk Insiden...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengutuk tindakan sekumpulan individu menyerang rombongan beberapa pimpinan...

Isu DLP Tidak Wajar Diperbesar – Fadhlina

KEPALA BATAS : Isu Program Dwibahasa (DLP) bagi pengajaran Sains dan Matematik di sebuah sekolah di sini tidak wajar diperbesar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata sesi libat urus berkaitan perkara itu sedang berjalan dan mendapat reaksi sangat baik daripada pengurusan sekolah.

Katanya, sesi libat urus penting bagi memastikan semua pihak memahami garis panduan di bawah dasar memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris.

“(Dalam isu DLP) penegasan yang kita tegaskan ialah garis panduan itu mesti dipatuhi. Sebab itu sesi libat urus sangat penting.

“Ketika ini, JPN (Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang) sekali lagi turun dan memberikan penjelasan membuat sesi libat urus dengan sekolah-sekolah (11 sekolah yang membuat bantahan) yang prosesnya berterusan untuk memahamkan (mereka) berkaitan isu garis panduan dan penegasan kita dibawah dasar memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris.


“Ia harus berjalan selari dan kita tidak merasa perkara ini wajar diperbesar-besarkan kerana ia hanya soal bagaimana nak mematuhi garis panduan dan memenuhi kehendak itu berdasarkan garis panduan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian bantahan Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina di Pulau Pinang dalam pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

SMJK ialah sekolah separuh tajaan kerajaan mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas pengantar bahasa Melayu.

Mereka menggesa KPM mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori