Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pahang Sedia 30,000 Unit...

KUANTAN - Rakyat negeri Pahang yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki kediaman sendiri...

Najib Mahu Punca Pesawat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mahu punca pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pekan dan Rompin setakat 9 malam ini...

Covid-19: 1,518 Kes Baru,...

Sebanyak 1,518 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,518,965.Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā InstagramJumlah...

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan buangan terjadual di sebuah kawasan lapang dekat Kulim, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab dalam kenyataan berkata beg itu dikesan pasukan jabatan itu yang menjalankan rondaan mengesan dan mencegah pencemaran pada pukul 10 pagi.

“Kita dapati beg-beg berkenaan telah diletakkan di kawasan lapang yang turut menjadi kawasan pembuangan sisa pepejal.

“Bahan buangan itu didapati dibungkus menggunakan nama sebuah syarikat terkemuka dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar buangan.

“Sampel buangan telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengesahkan jenis buangan berkenaan.


“Sekiranya buangan bukan dikategorikan sebagai bukan buangan terjadual, kes akan diserahkan kepada agensi yang mengawal selia sisa pepejal,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengesan pemilik tanah kawasan itu serta memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Kulim untuk tindakan selanjutnya.

“Sekiranya buangan didapati buangan terjadual, tindakan akan dijalankan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Tindakan sama juga boleh dikenakan terhadap pemilik tanah sekiranya didapati berlaku pengabaian yang menyebabkan kawasan itu menjadi tapak pelupusan haram buangan terjadual,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori