Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PH Lewat Didaftar Angkara...

PUTRAJAYA - Rancangan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk bersemuka dengan Menteri Dalam...

Bapa Tak Suka BF...

NAK tergelak pun ada! Zaman sekarang ada lagi ibu bapa yang mengambil kira...

Muhammad Shafee Hanya Jelaskan...

ALOR SETAR - Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berpendapat tindakan Ketua Pendakwa...

Lindsay Lohan Ucap Selamat...

SELEBRITI popular Hollywood, Lindsay Lohan baru-baru ini mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran...

Jenazah Pendaki Gunung Denali Zulkifli Yusuf Tiba Di Tanah Air

GEORGETOWN : Jenazah pendaki Malaysia Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, yang meninggal dunia semasa menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika utara, selamat tiba di tanah air pagi ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pesawat kargo Korean Airlines (KE373) yang membawa jenazah Allahyarham, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, pada jam 8.42 pagi.

Jenazah Allahyarham Zulkifli diterbangkan pulang ke tanah air pada jam 7.15 pagi Rabu (waktu tempatan), dengan penerbangan transit di Los Angeles dan Incheon, Korea Selatan.

Van jenazah dilihat memasuki perkarangan Kompleks Kargo Udara Bayan Lepas pada jam 8.37 pagi dan keluar meninggalkan kompleks kargo pada jam 10 pagi, untuk dibawa ke kampung halamannya di Taiping, Perak bagi urusan pengebumian.

Turut mengiringi perjalanan terakhir Zulkifli ialah bapanya Yusuf Abdullah, adik, saudara mara dan rakan, serta wakil Kelab Jelajah Alpine Malaysia (ACM).


Jenazah anak sulung dari lima beradik itu, dibawa ke rumah keluarga di Kampung Temerlok terlebih dahulu sebelum disembahyangkan di Masjid Al Mahmudiah Kampung Temerlok, Trong dan dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur.

ACM sebelum ini memaklumkan proses membawa pulang jenazah dilakukan dengan kerjasama syarikat insurans, ejen pengurusan jenazah, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dan wakil ACM.

Pada 1 Jun, ACM memaklumkan seorang daripada tiga pendaki rakyat Malaysia yang terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali di Alaska, AS, sejak 28 Mei ketika membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu, dilaporkan meninggal dunia.

Kelab berkenaan memaklumkan Zulkifli meninggal dunia pada jam 6 pagi, 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di gua salji yang dikenali sebagai Football field.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori