Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Harimau Belang Mati Dirempuh...

KEMAMAN - Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna...

Peluang Jadi Abam Lori...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Institut Memandu dan Association of...

William Cuba Serang Mahathir?

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken didakwa cuba mewujudkan...

Sindiket Penyeludupan Dipercayai Serang...

PADANG BESAR - Sindiket penyeludupan disyaki dalang serangan dua anggota Pasukan Gerakan Am...

Juruterbang Maut, Pesawat Bertembung Ketika Pertunjukan Udara

ISTANBUL – Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi, lapor Agensi Anadolu yang memetik agensi berita Portugal, Lusa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kemalangan itu berlaku di Pangkalan Udara No 11 di Beja, selatan Portugal yang menjadi tuan rumah kepada pertunjukan udara untuk meraikan ulang tahun ke-72 Tentera Udara Portugal (PAF).

PAF kemudian mengesahkan laporan itu dan berkata:

“Tentera Udara memaklumkan pada pukul 4.05 petang waktu tempatan (1505 GMT) di Pertunjukan Udara Beja, dua pesawat terlibat dalam nahas ketika melakukan demonstrasi penerbangan.”


Ia berkata, pihak tentera udara memberikan perkhidmatan kecemasan,di bawah pelan kontingensi disediakan, yang dilaksanakan dengan segera.

Pihak media memetik sumber PAF yang mengenal pasti dua pesawat itu adalah pesawat latihan era Soviet, Yakovlev Yak-52 dan menambah juruterbang yang terkorban itu merupakan rakyat Sepanyol.

Menteri Pertahanan Portugal Nuno Melo berkata, pihak tentera udara akan melakukan siasatan ke atas nahas itu.

-Bernama

2 KOMEN

  1. certainly like your website but you need to take a look at the spelling on quite a few of your posts Many of them are rife with spelling problems and I find it very troublesome to inform the reality nevertheless I will definitely come back again

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori