Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suspek Seludup Ketum Direman...

Jitra : Dua lelaki yang ditahan ketika cuba menyeludup daun ketum di Kampung...

Ada Bukti MAIS ‘Luluskan’...

Selepas seorang daripada penganjur program 'I Want To Touch A Dog' (IWTTAD) mengatakan...

“Saya Bukan Robot,” Bieber...

BINTANG pop, Justin Bieber secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pentas di tengah-tengah konsertnya...

Diskaun Tol 10% Grand...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Grand Saga (Grand Saga) dan Lebuhraya Pintas Selat...

Kerajaan Pantau Pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel – MoF

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sekiranya perlu, penambahbaikan bantuan dari semasa ke semasa akan dibuat sekiranya perlu, kata Kementerian Kewangan (MoF).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

MoF berkata ia bagi memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Kerajaan menyediakan bantuan bersasar terutamanya untuk sektor logistik serta individu yang memiliki kenderaan diesel di samping petani kecil dan pekebun kecil komoditi bagi mengurangkan impak kepada kos sara hidup dan rakyat yang dikenali sebagai Bantuan Subsidi MADANI (atau BUDI MADANI).

“Mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi memerlukan kajian yang teliti supaya tidak meningkatkan kos kepada industri sedia ada serta menitikberatkan aspek pelaksanaan dan komunikasi yang berkesan kepada pihak industri agar tidak berlaku kejutan kepada ekonomi.


“Pelaksanaan juga perlu bersesuaian dan boleh dilaksanakan di samping mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas,” kata MoF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

MoF berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan tarikh melaksanakan mekanisme lebih mantap untuk menentukan siapa yang layak atau tidak layak untuk menerima setiap bantuan subsidi tersebut.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori