Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kon Yeow Angkat Sumpah...

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai...

PCM Pertikai Tiada Tindakan...

BUKIT MERTAJAM - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini mempersoal mengapa Majlis Perbandaraan Seberang...

Pelajar 7A SPM Ke...

MARANG - Mencapai keputusan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya telah melayakkan...

Lebih Ramai Wanita Diperlukan...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya lebih...

Kerajaan Perlis Akan Tebang Pokok Berisiko, Tidak Selamat

KANGAR : Kerajaan Perlis akan melaksanakan penebangan pokok yang berisiko dan ada potensi tidak kukuh dan selamat dari segi strukturnya susulan kejadian pokok tumbang yang mencederakan pasangan suami isteri di Simpang Empat, di sini pada Ahad lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, laluan sepanjang Jalan Tengku Budriah di Tambun Tulang-Simpang Empat didapati mempunyai banyak pokok yang berisiko dan tidak kukuh dari segi strukturnya.

“Oleh itu kita kita sudah pun menanda tanda merah pada pangkal pokok (tidak selamat) ini untuk kita tebang dan buang.

“Perlu juga saya ingatkan di sini, kita bukanlah mahu menebang pokok ini kerana mahu mengurangkan kehijauannya tetapi ini disebabkan keselamatan.

“Ada beberapa pihak dari organisasi pencinta alam menelefon saya yang membantah penebangan pokok terutama di laluan berkenaan,” katanya ditemui di perkarangan Hospital Tuanku Fauziah, di sini semalam.

Mohd Shukri bersama Exco Kesihatan negeri, Megat Hashirat Hassan meluangkan masa hampir 30 minit menziarahi mangsa kemalangan Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, 18 dan suaminya, Muhammad Danish Hakim Hanizam, 18 .

Kedua-duanya cedera parah dihempap pokok di sebatang jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat, di sini pada Ahad.

Mohd Syukri berkata, beliau maklum mengenai bantahan penebangan pokok di sepanjang laluan itu dengan alasan menjadi teduhan daripada panas dan menghadang kenderaan terjunam ke dalam sungai di tepi laluan itu.


“Namun, kita harus melaksanakan (penebangan) ini juga terhadap pokok yang dianggap tidak selamat sebagai faktor keselamatan.

“Strukturnya yang tidak kukuh juga mampu menyebabkan kemalangan lebih banyak berlaku terutama ketika ribut,” katanya.

Sementara itu, Nuraleya Syazreena yang keguguran dan parah selepas mengalami kemalangan motosikal bersama suaminya dalam kejadian itu masih ditidurkan doktor untuk menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu.

Mohd Shukri berkata, bapa mertua mangsa memberitahu menantu dan anaknya itu sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat.

“Menurut bapa mertua mangsa, Hanizam Hussin, menantunya Nuraleya Syazreena bekerja di kedai makan milik isterinya dan ketika kejadian berlaku, mereka sedang berkonvoi bersama termasuk kakak iparnya dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka.

“Mangsa membonceng suaminya dan mereka bertolak setelah keadaan hujan mula reda sebelum kemalangan itu berlaku,” katanya.

Mohd Shukri berkata, selain keguguran dan pendarahan dalam kepala, Nuraleya Syazreena juga turut mengalami patah tulang belakang kiri manakala Muhammad Danish patah tulang peha kaki kanan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori