Sunday, June 30, 2024

Creating liberating content

Rang Undang-Undang Mengenai Hudud...

KUALA LUMPUR - Rang undang-undang Persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan...

Ibu Restu, Andai Jodoh...

BARU-BARU ini kecoh dengan berita mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dikhabarkan mempunyai...

Dewan Rakyat Luluskan Rang...

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 melalui undian...

Video: Wanita Pergi Stesen...

MOSCOW - Orang ramai di sebuah stesen tren metro di Moscow terkejut apabila...

Kerajaan Teliti Keperluan Rasionalisasi Subsidi RON95 – Rafizi

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, buat masa ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasaran subsidi diesel menjadi stabil.

Menurutnya, kerajaan telah melaksanakan pemberian subsidi diesel secara bersasar bermula 10 Jun lalu yang dijangka dapat memberikan penjimatan RM4 bilion setahun, sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan, antaranya untuk memperkukuh kemampanan fiskal negara serta mengurangkan ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel.

“Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan yang terkesan akan diberikan bantuan yang sewajarnya.

“Di samping itu, pelaksanaan inisiatif ini juga akan membantu kerajaan memperkukuhkan kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada.

“Penjimatan daripada inisiatif penyasaran semula subsidi akan dipulangkan kepada rakyat melalui pelaksanaan program, projek yang lebih memberi manfaat dan benar-benar diperlukan oleh rakyat seperti penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan sosial serta kemudahan awam termasuk kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) sama ada langkah pengurangan subsidi petrol (Rasionalisasi Subsidi Petrol) memberi impak positif kepada rakyat.


Tambah Rafizi, penyasaran semula subsidi merupakan salah satu anjakan besar dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12).

Inisiatif ini katanya, penting dalam usaha memperkukuh kemampanan fiskal dan memastikan hanya kumpulan sasar yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan dan subsidi, seterusnya mengurangkan ‘inclusion and exclusion error’.

“Sejak tahun 2016, kerajaan telah menyediakan peruntukan subsidi dan bantuan sosial secara purata

sebanyak RM23.0 bilion setahun. Jumlah ini telah melonjak kepada RM67.3 bilion pada tahun 2022 disebabkan oleh kenaikan harga komoditi minyak mentah dan minyak sawit.

“Memandangkan subsidi bahan api merupakan komponen kedua terbesar yang meliputi 12.3 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2023, terdapat keperluan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api,” jelasnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori