Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hampir 300,000 Premis Di...

SUNGAI PETANI: Sebanyak 298,746 premis di negeri ini telah mendapat akses kepada capaian...

Pecah Pintu Balai Polis,...

IPOH - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini...

Keluar DAP, David Bertanding...

BUTTERWORTH: Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada parti...

Lima Suspek Geng Pecah...

SEREMBAN - Lima suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah bekas...

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

Tey Kok Kiew melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Melaka pada 6 Jun lalu dan tempatnya digantikan oleh naib pengerusi Khoo Poay Tiong sehingga pemilihan parti peringkat negeri November ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bercakap pada sidang media hari ini, Timbalan Pengerusi DAP Melaka, G Saminathan berkata satu mesyuarat telah diadakan malam tadi untuk memilih pengganti Tey.

Dalam mesyuarat itu, 15 daripada 20 anggota jawatankuasa negeri sebulat suara menyokong Khoo, yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka untuk menyandang jawatan itu.

Saminathan berkata lima lagi ahli jawatankuasa, termasuk Tey, tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Menurutnya, Tey sudah berkira-kira untuk melepaskan jawatan yang sudah disandangnya sejak 2015.

Selain itu Tey juga turut meletak jawatan daripada jawatankuasa DAP negeri.


Tey pernah meletak jawatan pada 2021 selepas DAP mencatatkan prestasi buruk dalam pilihan raya negeri.

Dia kemudiannya dipilih semula sebagai pengerusi DAP negeri pada Januari tahun lalu.

Sementara itu, Khoo yang turut hadir pada sidang media itu mengucapkan penghargaan atas sumbangan Tey.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa negeri kerana sebulat suara memilih saya sebagai ketua negeri.

“Saya menganggap jawatan ini sebagai peralihan dan menerimanya bagi memastikan kestabilan parti,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori