Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Konsert Makin Hampir,...

SELANG tiga hari sebelum persembahan berskala besar di konsert unplugged pertamanya, penyanyi nombor satu negara...

Cabaran Jonathan Nyepa Di...

KUALA LUMPUR - Cabaran jaguh pecut negara Jonathan Nyepa dalam acara separuh akhir...

Bajet 2017 Tambah Baik...

SEMPORNA - Aset dua Pangkalan Laut di perairan timur Sabah akan ditambah baik...

127 Pegawai KPDNKK N.Sembilan...

SEREMBAN - Seramai 127 pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam...

Kuala Lumpur Alami Gangguan Bekalan Air

SHAH ALAM – Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dihenti tugas berikutan insiden peningkatan warna dalam air terawat pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, sebahagian kawasan di wilayah Kuala Lumpur sedang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak jam 7.30 malam.

Bagaimanapun Air Selangor memaklumkan, pihaknya masih sedang menyiasat punca insiden tersebut.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Sehubungan itu, Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori