Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

53,000 Peserta Berjalan Demi...

Putrajaya : Seramai 53,000 peserta menyertai program 'Walk For Peace' hari ini di...

Khalid Samad KENA LUDAH...

Ketika mahu meninggalkan kompleks mahkamah selepas diikat dijamin, anggota parlimen PAS Khalid Samad...

Sultan Ismail Petra Dekat...

KOTA BHARU - Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan ke-28...

Anjing Rottweiler Digelar ‘Robodog’...

SEEKORƃā€šĆ‚Ā anjing baka Rottweiler digelar 'Robodog' kerana menggunakan empat kaki palsu selepas kakinya dipotong...

Laluan Rafah Ditutup, 2,500 Penduduk Gaza Tidak Dapat Tunai Haji

GAZA CITY – Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah, yang menghubungkan Gaza ke Mesir, telah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini, menurut Kementerian Wakaf di Semenanjung Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Ini adalah “pelanggaran kebebasan beragama yang jelas,” kata jurucakap kementerian Ikrami Al-Mudallal, bercakap kepada Agensi Anadolu (AA).

Konflik itu telah mengganggu persiapan haji biasa kementerian, termasuk menandatangani kontrak pengangkutan di Mesir dan Arab Saudi serta menempah penginapan di Makkah dan Madinah, tambah Al-Mudallal.

Al-Mudallal menyatakan bahawa “penutupan laluan Rafah dan konflik yang berterusan telah menghalang 2,500 jemaah Gaza, termasuk misi yang mengiringi, daripada melakukan perjalanan untuk menunaikan haji.”

“Kumpulan ini mewakili 38 peratus daripada keseluruhan 6,600 jemaah Palestin,” katanya.

Al-Mudallal berkata, kementerian sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di Arab Saudi dan Mesir untuk menangani apa yang mereka sifatkan sebagai “pelanggaran ketara” terhadap hak jemaah Palestin dan mencari jalan untuk mereka menunaikan haji.


Beliau memberi jaminan bahawa jemaah haji yang terjejas tahun ini “tidak akan kehilangan hak mereka untuk menunaikan haji tahun depan, dengan keutamaan diberikan kepada mereka,” terutamanya kerana ramai yang menunggu giliran dan 70 peratus adalah warga emas atau sakit.

Tahun ini, jemputan diraja Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz untuk menempatkan 500 jemaah daripada keluarga mereka yang terbunuh dan cedera di Gaza telah diagihkan kepada keluarga di luar Semenanjung Gaza, menurut Al-Mudallal.

“Tindakan ini membolehkan mereka yang telah meninggalkan Gaza untuk menunaikan haji, memelihara hak Gaza terhadap jemputan diraja itu,” katanya.

Pada 6 Jun lepas, Raja Arab Saudi mengarahkan penganjuran luar biasa membabitkan 1,000 jemaah daripada keluarga Gaza yang terkorban dan cedera sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Haji dan Umrah Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi.

Jemaah haji ini dipilih daripada mereka yang telah meninggalkan Gaza sama ada disebabkan perang atau untuk rawatan perubatan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori