Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MITI Siarkan Teks Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Seperti dijanjikan kerajaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan...

Nik Abduh Saran Baca...

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya berzikir, beristighfar dan berselawat ketika terperangkap...

Wang 1MDB: PH Pilih...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan...

Betul Ke? Uptown Shah...

BARU-baru ini, status seorang wanita mendapat perhatian ramai warga Internet apabila dia meluahkan...

Lapan Maut Dalam Kebakaran Di Bangunan Pejabat Moscow

MOSCOW – Sekurang-kurangnya lapan maut dalam kebakaran sebuah bangunan pejabat berhampiran Moscow, kata Gabenor wilayah Andrey Vorobyov.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pegawai kecemasan memberitahu agensi berita Tass milik kerajaan, hanya seorang diselamatkan daripada kebakaran di bangunan yang terbakar di Fryazino, kira-kira 25km (15.5 batu) timur laut ibu negara.

Menurut laporan, dua terbunuh selepas terjun dari tingkap, manakala enam lagi maut apabila bahagian dalam pejabat itu runtuh dalam kebakaran, kata Voroyov dalam hantaran di akaun media sosial beliau.

Rakaman yang disiarkan dalam talian menunjukkan asap tebal kelihatan dari tingkat atas bangunan lapan tingkat itu.

Menurut Vorobyov, seorang lelaki berusia 34 tahun telah dibawa ke hospital kerana kecederaan serius, manakala dua anggota bomba turut dirawat kerana kecederaan yang dialami dalam kebakaran itu.

Anggota pasukan perkhidmatan kecemasan tempatan berkata, lelaki itu merupakan satu-satunya orang yang diselamatkan daripada kebakaran itu.

Pegawai pasukan perkhidmatan kecemasan berkata, lebih 130 orang dan dua helikopter sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran.


Sehingga kini, pasukan keselamatan belum dapat mengenal pasti punca kebakaran, namun, seorang saksi memberitahu Tass, ia berlaku di tingkat enam sebelum merebak.

Vorobyov berkata, sekitar 30 syarikat menyewa ruang pejabat di bangunan itu, dengan nasib dua pekerja di bangunan itu masih belum diketahui.

Terdapat laporan yang bercanggah mengenai penempatan bangunan berkenaan.

Agensi berita Tass melaporkan, bangunan yang terbakar itu pernah menempatkan Institut Penyelidikan Platan dan industri pertahanan.

Dalam perkembangan sama, Ruselectronics iaitu sebuah organisasi elektronik milik Rusia dalam kenyataan yang diedarkan berkata, bangunan itu telah dimiliki secara persendirian sejak 1990-an.

Bagaimanapun, media pembangkang baru-baru ini melaporkan Platan berpangkalan di bangunan itu selewat-lewatnya 2023.

-BBC/Awani

1 komen

  1. I have been browsing online more than three hours today yet I never found any interesting article like yours It is pretty worth enough for me In my view if all website owners and bloggers made good content as you did the internet will be a lot more useful than ever before

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori