Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gambar Makam Nabi Ibrahim...

MAKKAH - Arab Saudi mengedarkan imej Makam Nabi Ibrahim yang tidak pernah didedahkan...

Mungkin Kerah Tentera Jika...

KHIDMAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan digunakan sekiranya kerajaan melihat pematuhan terhadap...

14 Jemaah Haji Indonesia...

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap...

Aplikasi MyPesara Terima Peningkatan

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) memperkenalkan aplikasi telefon pintar MyPesara...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah supaya prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dijalankan secara terbuka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Datuk Amarjeet Singh juga menolak permohonan sama dikemukakan Dr Mahathir bagi perintah melarang Tun Md Raus Sharif daripada bertindak sebagai pengerusi RCI dan menghalang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu dan Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir daripada menjadi ahli RCI.

Amarjeet turut menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas Perdana Menteri itu untuk menangguhkan prosiding RCI sehingga penyelesaian akhir permohonan berkenaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Dr Mahathir supaya dibenarkan memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa RCI membenarkan beliau dan peguamnya hadir sepanjang prosiding berkenaan.

Peguam Dr Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali ketika ditemui media selepas tamat prosiding berkata, pihaknya berkemungkinan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Katanya, Dr Mahathir akan memberi keterangan pada prosiding RCI pada jam 11 pagi ini di Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Putrajaya.

Dr Mahathir memfailkan permohonan itu pada 5 Jun lalu, dengan menamakan Md Raus dan timbalannya, Tan Sri Zainun Ali sebagai responden pertama dan kedua.

Manakala, ahli RCI iaitu Baljit, Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, Prof Datin Dr Faridah Jalil, Datuk Mohammed Ridha, Dickson Dollah dan Setiausaha RCI Zamri Misman dinamakan sebagai responden ketiga hingga kelapan.


Dr Mahathir selaku pemohon, turut memohon satu perisytiharan bahawa beliau adalah individu yang menjadi perkara dalam siasatan RCI atau terbabit dengan perkara yang sedang disiasat oleh suruhanjaya berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Dalam afidavit sokongan yang diikrarkannya, Dr Mahathir berkata beliau dinasihati oleh peguam, bahawa pelantikan Raus sebagai Pengerusi RCI menimbulkan kecenderungan berlakunya ketidakadilan dan berat sebelah.

Beliau berkata, sesungguhnya wujud perselisihan faham di antara Raus dengannya dan tidak diragukan lagi bahawa perkara itu akan memberi kesan terhadap ketelusan responden pertama (Raus) dalam memberikan keputusan dalam prosiding RCI.

Dr Mahathir berkata, beliau juga dinasihatkan oleh peguamnya, bahawa perintah atau keputusan RCI adalah ultra vires (bertentangan) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, kerana selaku individu yang menjadi subjek dalam siasatan, dia berhak diwakili peguam pilihan.

Katanya, beliau percaya hak untuk hadir dan diwakili oleh peguam hanya akan sempurna dan berkesan sekiranya beliau atau peguam diserahkan dengan dokumen, senarai saksi dan lain-lain keterangan dokumentar yang akan dikemukakan pada siasatan RCI.

Dr Mahathir berkata, keputusan RCI untuk tidak mengadakan prosiding secara terbuka kepada orang awam, adalah tidak munasabah.

-Harian Metro

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori