Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dakwah Adam Corrie Beri...

SIAPA tidak kenal dengan pelakon, Adam Corrie yang sememangnya popular menerusi watak 'Dragon' dalam...

Sebak, Pilu Jenazah Isteri...

AIR mata seorang suami mengalir disaat mengucup jenazah isterinya ketika dipertemukan untuk kali...

Liga Super 2023 Disertai...

PETALING JAYA: Saingan Liga Super musim depan sah akan disertai 18 pasukan dengan...

Pasaran Getah Lantun Semula...

KUALA LUMPUR - Pasaran getah Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi hari ini...

Mati Dalam Tahanan Polis: Balu Tuntut Ganti Rugi RM1 Juta

Keluarga lelaki yang meninggal dunia dalam tahanan polis tiga tahun lalu menyaman pihak berkuasa itu serta kerajaan dan menuntut pampasan RM1 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Balu kepada Faruq Abdullah dan seorang lagi anggota keluarga arwah memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 31 Mei, dengan menamakan ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan di samping enam pihak lagi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam M Manoharan–yang mewakili Humairah Abdullah, 27, dan kakak si mati K Jayanthi, 38–mengesahkan memfailkan writ saman itu dan kertas kausa juga sudah diserahkan kepada defendan.

“Anak guam saya menuntut RM1 juta untuk ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

“Walaupun kematian dalam tahanan melibatkan Faruq berlaku pada 2021, tiada sebarang inkues dibuat sehingga hari ini, kata peguam.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, keluarga mendakwa Faruq, 36, meninggal dunia di balai polis Klang Selatan pada 3 Jun 2021.

Mereka mendakwa polis gagal memastikan keselamatan si mati ketika menahannya pada 2 Jun 2021 bagi membantu siasatan kes curi tong gas.

Mereka mendakwa si mati dipukul, didera dan dicederakan sehingga membawa kepada kematian.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori