Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Dibelasah Kumpulan Remaja...

ULU TIRAM : Pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang menjadi mangsa buli sekumpulan remaja,...

Wanita Belum Nikah Dilarang...

MENGIKUT satu fatwa, wanita Islam di negara ini dilarang membekukan sel telur mereka...

Cub Prix: Fazli Sasar...

AHMAD Fazli Sham menetapkan sasaran awal untuk layak ke sesi Superpole kelas CP150...

Fitnah PH Akhirnya Dijawab...

FITNAH terhadap kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya lalu akhirnya terbukti dakwaan palsu,...

Mekanik Tidak Mengaku Cuba Bunuh Tunang Bekas Isteri

GEORGETOWN: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. atas tuduhan cuba membunuh seorang lelaki dipercayai tunang bekas isterinya menggunakan pisau lipat pada 10 Jun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Muhammad Hafizi Burhan, 33, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Ooi Sheow Yean.

Lelaki terbabit didakwa dengan niat menyebabkan kematian ke atas Mohariez Mokhtar dengan menikam mangsa menggunakan sebilah pisau lipat berwarna perak berukuran kira-kira lima sentimeter.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di koridor tingkat 9 Flat Taman Jade View, Jalan Bukit Gambir, pada jam 5.50 pagi pada 10 Jun lalu.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda namun jika menyebabkan kecederaan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Syairah memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sehingga kes selesai.

Hakim kemudiannya bertanya kepada Muhammad Hafizi, sama ada ingin menyatakan sesuatu dan tertuduh hanya menjawab ringkas: “Saya tiada apa-apa nak cakap.”

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam.

Sementara itu, Muhammad Hafizi turut berdepan dua lagi pertuduhan secara berasingan di Mahkamah Majistret Jenayah 2 dan 3 pada hari ini.

Di Mahkamah Majistret Jenayah 3, Muhammad Hafizi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bekas isterinya, Asma Wahab.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan ugutan jenayah dengan mengeluarkan kata-kata “hang buka pintu, aku nak jumpa anak, kalau tak buka, aku bunuh hang.”


Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di lokasi sama iaitu Flat Taman Jade View, Jalan Bukit Gambir pada 30 Mei lalu, kira-kira jam 7 pagi.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini yang mengendalikan kes itu menawarkan jaminan RM5,000 kepada tertuduh.

Bagaimanapun, Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam pada itu, di Mahkamah Majistret Jenayah 2, Majistret Mohamad Azlan Basir menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap Muhammad Hafizi selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta bekas isterinya.

“Mahkamah menerima pengakuan bersalah dan mendapati tertuduh bersalah atas kesalahan itu.

“Oleh itu, kamu dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan (bermula) dari tarikh sabitan jatuh hukum hari ini,” kata Azlan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 2 April lalu kira-kira 10.10 malam di hadapan Apartment Taman Jade, Jalan Bukit Gambir, di sini membabitkan kerugian RM1,500 yang terpaksa ditanggung Asma.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman minimum setahun sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

BHonline-

1 komen

  1. I share your level of enthusiasm for the work you’ve produced. The sketch you’ve displayed is refined, and the material you’ve authored is impressive. Nevertheless, you seem anxious about the prospect of heading in a direction that could cause unease. I agree that you’ll be able to address this concern in a timely manner.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori