Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Zahid Hamidi Lawat Baraj...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini...

Jentera BN Seluruh Negara...

KUALA PILAH - Persiapan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum...

Cadangan Pindaan Akta 550...

KULAI – Cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang membolehkan pendaftaran institusi...

PRK : Tiada Sebarang...

TUMPAT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang bantahan oleh mana-mana parti...

Mengeletek Terkujat-Kujat!

Ada pihak ‘mengeletek terkujat-kujat’ apabila Tunku Mahkota Ismail mencetuskan sebuah idealisme Gabungan Bangsa Johor.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad antaranya sehingga mengungkit kisah lampau tentang Perjanjian MacMichael.

Sudah tahun 2024 Tun M. Lagipun tidak relevan untuk membandingkan kisah Perjanjian MacMichael dengan ideologi Gabungan Bangsa Johor.

“It’s not apple to apple”. Langsung tidak bersamaan kisah Perjanjian MacMichael dengan idea untuk memperkasakan negeri Johor.

Perjanjian MacMichael terjadi selepas Perang Dunia Kedua untuk memperkenalkan satu bentuk persekutuan baru di Tanah Melayu dikenali sebagai Malayan Union.

Tun M menyindir Johor negeri pertama menandatangani perjanjian itu, tetapi Tun M mungkin terlupa Malayan Union akhirnya ditolak oleh Raja-Raja Melayu.

Majlis pelantikan Gabenor pertama oleh British malah dipulau Raja-Raja Melayu selepas menyaksikan semangat serta dokongan kuat orang Melayu terhadap Raja-Raja Melayu.

Tun M mungkin juga terlupa tentang kisah sultan-sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II.

Lantas, kisah Perjanjian MacMichael pada 1946 amat tidak sama dengan idea Gabungan Bangsa Johor oleh Tunku Mahkota Ismail kira-kira 78 tahun kemudian.

Ideologi Gabungan Bangsa Johor pada 2024 menjurus kepada kemaslahatan rakyat negeri Johor sedangkan Perjanjian MacMichael untuk nikmat mutlak penjajah ke atas Tanah Melayu.

Cadangan Tunku Mahkota Ismail bukanlah juga sesuatu yang aneh atau “new philosophy”, tetapi berdasarkan rekod dan “case study” melibatkan Sarawak dan Sabah.

Harap maklum, Tunku Mahkota Ismail berhak untuk mengemukakan apa saja saranan untuk masa depan negeri Johor.


Tunku Mahkota Ismail malah berhak mengemukakan 1 juta lagi macam pendapat dan cadangan demi kepentingan negeri naungannya.

Apapun ideologi Gabungan Bangsa Johor cumalah sebuah idea. Sesebuah idea boleh jadi tidak menjadi dan tidak mustahil juga boleh terjadi.

Secara umum, baginda membangkitkan tentang menjaga kepentingan Johor tanpa perlu ‘mengemis’ peruntukan kerajaan Pusat.

Perkataan ‘mengemis’ ini sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran keseluruhan terhadap sentimen ideologi Gabungan Bangsa Johor.

Ironinya, idealogi Gabungan Bangsa Johor sepatutnya menjadi “wake-up call” kepada kerajaan Pusat untuk memahami intipatinya.

Mengapakah idea itu itu boleh tercetus? Apakah sebab-sebab yang menjadi alasan terlontarnya pandangan tersebut?

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang…

Ia juga mengetuk sebuah bicara baharu tentang layanan kerajaan Pusat kepada Johor seperti yang turut dicuit oleh Pemangku Sultan Johor.

Dan jika mahu diungkit tentang kisah silam, sebenarnya lebih banyak cerita untuk disindir berkenaan legasi 22 tahun Bapa Tol Malaysia.

Begitu juga kisah Bapa penswastaan Malaysia, Bapa Kroni Malaysia, Bapa Daddykasi Malaysia, Bapa Pemecah Belah Politik Melayu dan lain-lain.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori