Sunday, June 30, 2024

Creating liberating content

3 Rakan Dalam Perjalanan...

MELAKA - Tiga rakan yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ)...

Perdana Menteri Nafi Didesak...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menafikan wujud desakan supaya beliau campur...

LIMA’19 : Platform Pembangunan...

KUALA LUMPUR – Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) akan menjadi...

Cabaran Menanti Kabinet Sangat...

RAKYAT diminta untuk memberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah...

PADU Kini Sudah Masuk Fasa Dua

KUALA LUMPUR : Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini sudah memasuki fasa dua yang membabitkan proses penentuan golongan sasar serta pembentukan perincian ‘use case’ dan mekanisme pemberian subsidi bersasar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelaksanaan PADU juga tidak hanya tertumpu kepada penyasaran semula subsidi serta bantuan, tetapi turut bertujuan mengenal pasti tahap sosioekonomi rakyat dan penentuan penyaluran bantuan.

“Data yang terdapat dalam PADU boleh membantu menghasilkan ‘algoritma use-case’ yang terpilih berdasarkan keperluan dan dasar semasa kerajaan.

“Kementerian Ekonomi akan memanfaatkan data PADU bagi pelaksanaan program di bawah kementerian seperti program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), yang mana proses validasi dan verifikasi permohonan IPR akan menggunakan data PADU,” katanya dalam jawapan lisan di Parlimen.

Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) meminta menyatakan status terkini dan hala tuju PADU selepas berakhirnya fasa mendaftar dan mengemas kini maklumatnya.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, PADU juga dapat membantu kerajaan menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat yang lebih tepat dengan menggunakan kaedah pendapatan boleh guna bersih.

Katanya, kaedah ini akan mengambil kira jumlah tanggungan dan bilangan isi rumah, kos sara hidup mengikut lokasi, jarak ke tempat kerja serta pemilikan aset seperti rumah, kenderaan dan tanah.

“Selain dapat mengurangkan keciciran dan kesilapan data dalaman dan luaran, kaedah ini akan turut membolehkan kerajaan beralih daripada pengenalpastian kumpulan sasar berdasarkan konsep B40, M40 dan T20 kepada pendekatan berdasarkan kewajaran pemberian bantuan mengikut kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Sehingga 31 Mac lalu, seramai 11,554,134 juta individu sudah mengemas kini maklumat dalam sistem PADU.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori