Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Setuju Kecuali Gantung Lesen...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersetuju untuk mengecualikan penggantungan lesen...

1MDB Bayar Kompaun Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membayar kompaun yang dikenakan...

Siti Nurhaliza Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerima kunjungan...

Yu Cicak Lampai Manja,...

BAGI yang mempunyai hobi memelihara ikan hiasan di dalam akuarium, mereka kini boleh...

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk penggal 2024-2027.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dia memenangi jawatan tersebut bagi kali ketiga berturut-turut iaitu sejak 2018.

Presiden MIC yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan kebangsaan SA Vigneswaran mengumumkan perkara itu selepas Saravanan, 56, muncul satu-satunya nama dikemukakan untuk jawatan berkenaan semasa tempoh pencalonan ditutup pada jam 1 tengah hari tadi.

Pada pemilihan lalu Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah turut memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

Bercakap kepada Malaysiakini, Saravanan mengucapkan terima kasih kepada presiden parti kerana memberi kepercayaan terhadapnya.

“Terima kasih kepada presiden parti kerana memberi kepercayaan kepada saya dan memberi sokongan untuk saya dipilih sebagai timbalan presiden bagi penggal ketiga berturut-turut.


“Saya akan bekerjasama dengan presiden dan pucuk pimpinan parti dalam usaha memperkasa parti dari segi politik dan kewangan,” katanya.

Sementara itu, empat calon bertanding bagi tiga jawatan naib presiden.

Tiga penyandang masing-masing T Mohan, T Murugiah dan M Asojan mengesahkan pencalonan bagi penggal kedua, selain dicabar oleh Ahli Dewan Negara Nelson Renganathan.

Proses penamaan calon bagi jawatan tertinggi MIC diadakan hari ini, melibatkan jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden, 21 ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) dan majlis tertinggi peringkat negeri.

Ia berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 1 tengah hari.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori