Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dr. Wan Azizah, TPM...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan...

Bimbang Dimarahi Baju Kotor,...

KUANTAN - Hanya kerana bimbang dimarahi akibat baju kotor, seorang remaja dikhuatiri lemas...

Adun Minta Mahasiswa Capai...

KUALA BESUT - Adun Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdu Rahman meminta...

BN Perak Kemuka Bantahan...

KUALA KANGSAR - Barisan Nasional (BN) Perak akan mengemukakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan...

Penggunaan Vape Babitkan Remaja Berusia 13 Hingga 17 Tahun Meningkat

Kuala Lumpur : Sebanyak 28 notis kesalahan penjualan rokok dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang belum dewasa (OBD) sepanjang tempoh dua tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada tahun lalu, 26 notis dikeluarkan manakala dua notis pada tahun ini.

Selain itu, katanya, semua pihak perlu sedar bahawa Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbidi (NHMS) terbaru menunjukkan peningkatan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vape membabitkan golongan yang berumur 13 hingga 17 tahun.

“Dapatan dalam NHMS terbaru menunjukkan, lingkungan umur 13 hingga 17 tahun yang merokok menurun iaitu daripada 13.8 peratus pada 2017 kepada 6.2 peratus pada 2022.

“Malangnya, vape atau penggunaan rokok elektronik meningkat daripada 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus pada 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Karnival World No Tobacco Day (WNTD)-SEGARUN 2024 sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.


Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, antara faktor peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja disebabkan produk itu bersifat menarik.

Beliau berkata, faktor lain disebabkan promosi produk berkenaan yang berleluasa tanpa kawalan di media sosial.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sudah diwartakan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, katanya, perintah pelaksanaan Akta 852 itu belum dilaksanakan dan berkemungkinan ia akan dilakukan pada pertengahan tahun ini.

“Kita harapkan (pelaksanaan Akta 852) selewat-lewatnya pertengahan tahun ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori