Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

Tuduh PAS Diresapi Fahaman...

KEPALA BATAS - Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamed Sabu hari ini menegaskan...

Persatuan Anak Sarawak Labuan...

LABUAN - Persatuan Anak Sarawak Labuan (PASaL) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ketua...

KBS Nafi Wujud Sabotaj...

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan...

Meninggal Dunia Dalam Sujud...

Kuala Lumpur : Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal...

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB itu.

Pada sesi sama, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Perdana Menteri menyatakan strategi kerajaan susulan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024.


Pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pula, Manndzri Nasib (PN-Tenggara) meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bentuk bantuan yang disediakan kepada pembeli rumah yang berdepan masalah projek sakit khususnya projek perumahan di bawah inisiatif perumahan rakyat.

Selain itu, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kes yang diterima menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental sehingga kini, serta tindakan susulan yang diambil untuk membantu golongan yang memerlukan.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua daripada Menteri Sumber Manusia.

-Harian Metro

1 komen

  1. I have been browsing online more than three hours today yet I never found any interesting article like yours It is pretty worth enough for me In my view if all website owners and bloggers made good content as you did the internet will be a lot more useful than ever before

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori