Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ibu Campak Mayat Anak...

SEORANG ibu yang terlalu marah dan kecewa kerana anaknya menghidap anorexia, memasukkan mayat...

Banyak Manfaat Bakal Diraih...

MUNGKIN tidak ramai yang tahu mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang...

Punca Kematian Ahnaf Hanafi...

KUANTAN - Punca kematian kanak-kanak berusia setahun sebulan, Ahnaf Hanafi Mohd Haniff selepas...

Ahmad Samsuri Angkat Sumpah...

KUALA TERENGGANU – Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Menteri Besar...

Penunggang Motosikal Terkedu Terima Enam Saman

KUANTAN – Seorang penunggang motosikal terkedu apabila ‘dihadiahkan’ enam saman selepas ditahan dalam sekatan jalan Ops Khas Motosikal sempena Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Jalan Tanah Putih di sini malam Khamis lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, remaja lelaki berusia 19 itu ditahan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan.

Menurutnya, cubaan remaja itu berjaya dihalang dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati penunggang dan motosikal jenis Yamaha Y15 yang digunakan tidak mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

“Kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu, gagal pamer nombor pendaftaran depan dan belakang, tiada cermin sisi, menggunakan tayar tidak ikut spesifikasi dan tidak selenggara brek,” katanya.

Kamarul Iskandar berkata, enam notis saman JPJ(P)22 dikeluarkan ke atas remaja terbabit manakala motosikal yang digunakan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya turut mengambil tindakan ke atas pemandu sebuah treler selepas didapati membawa muatan barangan binaan secara berlebihan.


Menurutnya, treler terbabit ditahan dalam operasi bersama Ops Motosikal bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kilometer 9, Jalan Sungai Lembing di sini, Khamis lalu.

“Treler itu dilihat berhenti di bahu jalan secara tiba-tiba dan menghalang lalu lintas.

“Unit Penguatkuasaan Lebih Muatan (UPLM) JPJ Pahang menahan kenderaan terbabit untuk pemeriksaan sebelum mendapati ia membawa muatan barangan binaan melebihi had,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan berat tersebut diarah timbang di bawah Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 57(1)(b)(iv) APAD 2010 dan kes akan dtuduh di mahkamah selepas mendapat izin pihak Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori