Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Keputusan Ujian Poligraf Tidak...

KUALA LUMPUR - Hasil ujian poligraf dijalani bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther,...

FAM Dinobat Persatuan Sukan...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan...

Legenda Bola Sepak Masuk...

SAO PAULO - Lagenda bola sepak dunia dan Brazil, Pele kembali dirawat di...

Video: Drama Waktu Berbuka,...

VIDEO perbalahan antara seorang wanita dengan pengawal keselamatan yang dimuat naik oleh pengguna...

Penurunan Pengeluaran Dadah Di Afghanistan Tingkatkan Penggunaan Dadah Sintetik Baharu

VIENNA : Agensi dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran bahawa penurunan dalam pengeluaran dadah di Afghanistan mungkin meningkatkan penggunaan dadah sintetik jenis baharu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), memaklumkan Nitazenes iaitu kumpulan opioid sintetik boleh menjadi lebih kuat daripada fentanyl.

Dadah sintetik berkenaan sudah muncul baru-baru ini di beberapa negara berpendapatan tinggi sehingga menyebabkan peningkatan dalam kematian akibat terlebih dos.

Laporan tahunannya menyatakan bahawa ubat itu ditemui di Belgium, Kanada, Estonia, Latvia, Slovenia, Britain dan Amerika Syarikat.

Organisasi lain, termasuk Pusat Pemantauan Dadah dan Ketagihan Dadah Eropah (EMCDDA) turut memberi amaran mengenai kemunculan Nitazenes.


UNODC berkata, pengeluaran dadah global jatuh sebanyak 74 peratus pada tahun lalu selepas Taliban melarang penggunaannya di Afghanistan yang juga sebagai negara pengeluar utamanya.

“Ketulenan heroin di pasaran dijangka menurun dan pengguna heroin mungkin beralih kepada opioid lain dan menimbulkan risiko yang ketara terhadap kesihatan,” menurut UNODC.

Ketua penyelidik UNODC, Angela Me menyatakan pada masa kini tiada kekurangan bekalan heroin, tetapi dalam beberapa kes kematian akibat terlebih dos sebelum ini pihaknya mendapati Nitazenes yang kebanyakannya berasal dari China didakwa dicampurkan ke dalam heroin.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Me berkata, bagi pasaran kokain ia masih berkembang pesat dengan bekalan kokain global terus meningkat kepada rekod tertinggi lebih daripada 2,700 tan pada 2022, meningkat 20 peratus daripada tahun sebelumnya

-AGENSI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori