Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UPNM: Mahkamah Benarkan Kes...

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan...

Alam Flora Kutip 550...

KUALA LUMPUR - Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengutip 550 tan sisa...

Tok Mat Tiba Di...

NEW YORK - Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di New...

Gadis Dirogol Dalam Kereta...

Ternyata ulang tahun kelahiran ke-23 seorang gadis mencatat detik hitam dalam hidupnya apabila...

Perhimpunan Agung PBB Pilih 5 Anggota Majlis Keselamatan Baharu

NEW YORK : Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia akan menjadi anggota tidak tetap seterusnya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama dua tahun bermula 2025.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memilih lima anggota baharu semalam. Lima negara itu akan menggantikan Ecuador, Jepun, Malta, Mozambique dan Switzerland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Majlis Keselamatan PBB adalah satu-satunya badan PBB yang mempunyai kuasa untuk meluluskan resolusi yang mengikat mengikut undang-undang antarabangsa.

Amerika Syarikat, China, Russia, Britain dan Perancis adalah lima anggota majlis tetap, yang semuanya mempunyai kuasa veto.

Sepuluh anggota majlis tidak tetap, masing-masing dipilih selama dua tahun, mempunyai pengaruh yang jauh lebih kecil.


Perhimpunan Agung PBB juga memilih presiden baharu dengan bekas perdana menteri Cameroon, Philémon Yang, akan memegang jawatan itu setahun.

Setiausaha Agung PBB António Guterres berkata Yang adalah individu yang berdedikasi untuk masa depan benuanya, Afrika dan mempunyai banyak pengalaman.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengannya ketika beliau menyatukan Negara Anggota mengenai penyelesaian kolaboratif yang dapat memberikan keadilan kepada Afrika dan dunia membangun.”

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori