Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

‘Habuan’ Kerajaan PH RM7.3...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat setakat ini...

Orang Asli Pun Perlukan...

SANA sini sibuk bercerita tentang vaksin Covid-19. Yang sudah dapat suntikan gembira. Belum...

KFC KLCC Enggan Layan...

SEORANG pengguna Facebook meluahkan kekesalannya menerusi laman sosial rasmi milik KFC Malaysia berkenaan...

Terma Akta Hasutan Perlu...

KUALA LUMPUR - Jika Akta Hasutan 1948 dipinda atau ditambah baik, kerajaan perlu...

Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

Kerajaan negeri Sarawak bercadang membawa masuk teknologi perlombongan terbaharu dari Kanada untuk menggali sumber logam berharga di negeri itu, yang dianggarkan bernilai lebih RM1.25 trilion.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini susulan kejayaan Jabatan Geologi negeri itu yang baru-baru ini menemui lebih banyak kawasan tanah yang mengandungi galian mineral, termasuk emas, bauksit dan bahan nadir bumi.

Timbalan Premier Menteri Sarawak Awang Tengah Ali Hasan dilaporkan berkata terdapat juga potensi untuk menemui lebih banyak kawasan yang mempunyai bahan mineral berharga dengan nilai yang besar.

“Hasil kajian Jabatan Geologi, dianggarkan nilai mineral yang ada mencecah lebih daripada RM1.25 trilion.

“Jadi kita akan perluaskan lagi kajian kita, kalau tidak dapat seluruh Sarawak sekurang-kurangnya tambahan 20 peratus keluasan tanah lagi.


“Selain emas, antara mineral yang terdapat di negeri ini ialah bauksit, pasir silika, batu kapur dan nadir bumi dan terdapat potensi besar untuk lebih banyak penemuan,” katanya kepada media, baru-baru.

Menurut Awang Tengah, Sarawak juga menemui simpanan emas yang besar di daerah Sri Aman. Sebelum ini, emas hanya ditemui di daerah Bau.

Timbalan premier itu yang baru-baru ini mengetuai delegasi Sarawak mengadakan lawatan penanda aras ke Micassa Gold Mine yang terletak di Kirkland, Toronto, Kanada, berkata kerajaan negeri itu merancang untuk menggunakan teknologi dari Kanada di Sarawak.

“Kami di Sarawak akan menggunakan teknologi mereka di sini,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori