Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Nombor Plat VDN 1...

PUTRAJAYA - Nombor plat kenderaan, VDN 1 dibida dengan harga RM158,000 oleh seorang...

Fenomena ‘Super Blood Wolf’...

PENDUDUK di benua Amerika, Eropah dan Afrika akan menyaksikan bulan bertukar warna menjadi...

Pemansuhan Subsidi Minyak Masak...

KUCHING - Pemansuhan subsidi minyak masak bermula bulan depan tidak seharusnya dilihat secara...

Anak Che Ta Tayang...

ANAK muda zaman sekarang ni ramai yang masih bersekolah pun sudah ada kekasih...

‘Pesan Mi Tarik, Dapat Nasi Daging Babi’

SHAH ALAM – Kisah penghantar makanan tersalah hantar pesanan ke alamat yang lain mungkin perkara biasa didengari, namun insiden menimpa sebuah keluarga seperti tular di media sosial ketika ini dianggap sukar untuk dimaafkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mana tidaknya, berdasarkan perkongsian di akaun Facebook milik Izham Nayan, pekerja sebuah syarikat penghantar makanan didakwa tersalah hantar makanan berasaskan daging babi ke rumah rakannya yang beragama Islam.

Lebih parah lagi, makanan ‘tidak halal’ tersebut telah dimakan oleh anak-anak mangsa sebaik menerima makanan yang dipesan oleh bapanya secara dalam talian.

“Penghantar makanan salah hantar makanan (berasaskan) babi ke rumah kawan saya. Anak-anak dia sudah makan, asal order (pesan) mi tarik.”

“Ibu tengah handle online class (kendalikan kelas dalam talian). Anak-anak kecil pula tengah lapar,” katanya menerusi catatan di laman sosial tersebut.


Izham Nayan melalui perkongsian sama juga memaklumkan, kedudukan resit pesanan yang diletak di bawah bungkusan makanan juga turut membuatkan insiden itu tidak disedari lebih awal.

“Resit biasa tampal dekat luar (plastik) tapi yang ini resit dekat belah (bahagian) bawah sekali dalam plastik, (bila) keluarkan semua baru jumpa resitnya,” ujar pemilik akaun berkenaan.

Berdasarkan resit yang dikongsikan, pesanan awal dibuat membabitkan mi tarik bersama sup daging dan dumpling, bagaimanapun makanan yang diterima mangsa ialah nasi ayam panggang bersama daging babi panggang.

Susulan hantaran yang dimuat naik hingga tular itu, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa simpati kepada keluarga berkenaan terutamanya kanak-kanak terbabit.

SinarHarian-

3 KOMEN

  1. certainly like your website but you need to take a look at the spelling on quite a few of your posts Many of them are rife with spelling problems and I find it very troublesome to inform the reality nevertheless I will definitely come back again

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori