Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasangan Gay Dapat Hak...

DALAM satu perbicaraan yang dikawal rapi, sebuah mahkamah di Bangkok telah meluluskan permohonan...

Ahli Kumpulan VE Kritik...

Walaupun ia pahit untuk ditelan, namun sebagai figura awam, setiap selebriti harus menerima...

Sekatan Laman TMI Kerana...

SHAH ALAM - Tindakan menyekat laman The Malaysian Insider (TMI) semalam dibuat selepas...

Jabatan Kehakiman Kata Ya,...

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa berbilion wang dicuri daripada 1MDB dan melancarkan...

Polis Rakam Lapan Keterangan Berkaitan Kes Keracunan Makanan

Polis telah merakam keterangan lapan individu dalam siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang disyaki akibat keracunan makanan Isnin lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata ia melibatkan keterangan daripada keluarga remaja dan kanak-kanak berkenaan, serta pembekal makanan kepada sekolah agama terlibat di Gombak, sejak hari kejadian.

Beliau berkata polis juga sedang mengenal pasti individu lain yang mengalami keracunan makanan akibat menjamah makanan pada program yang dianjurkan di sekolah agama berkenaan.


“Pihak polis juga akan memanggil pihak penganjur program, pengetua sekolah dan lain-lain individu yang terlibat dalam penyediaan makanan berkenaan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin dalam kenyataannya semalam memaklumkan 82 individu yang hadir pada program berkenaan mengalami gejala berkaitan keracunan makanan.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori