Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PAN Kecundang Sebelum Masuk...

SERONOK juga melihat cara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) sibuk memfaraidkan sesama mereka...

Peminat Sangkakan Datuk K...

SIAPA yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.Selain Siti...

Sistem Penghawa Dingin Di...

KUALA LUMPUR - Sistem penghawa dingin berpusat di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU)...

Johor Mungkin Umum Cuti...

KOTA ISKANDAR - Kerajaan Johor tidak menolak kemungkinan mengumumkan Ahad ini sebagai cuti...

Projek LRT: Kerajaan Pulau Pinang Tidak Sepatutnya Beri Ulasan

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi sebarang ulasan berhubung spesifikasi mengenai projek Transit Aliran Ringan (LRT) berikutan ia di bawah kendalian kerajaan Persekutuan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, exco kerajaan negeri perlu memberi laluan kepada kerajaan Pusat untuk membuat sebarang ulasan atau pengumuman berhubung projek bernilai RM10 bilion itu.

“Projek LRT ini di bawah kerajaan Persekutuan. Oleh demikian, sebarang pengumuman sepatutnya dibuat oleh kerajaan Persekutuan.

“Exco Pulau Pinang perlu memberi laluan kepada kita (kerajaan Persekutuan) untuk mengumumkan spesifikasi projek berkenaan,” pada sidang akhbar selepas merasmikan 57th Asean Senior Transport Offical Meeting (STOM) di sini pada Selasa.

Anthony berkata demikian ketika mengulas mengenai pandangan beberapa pakar yang memohon kerajaan menimbangkan untuk melaksanakan Transiit Aliran Bas (BRT) atau Transit Aliran Automasi (ART) yang lebih murah (dari segi kos pembinaan) berbanding LRT yang akan menelan kos berlipat kali ganda.

Tambah Anthony, setakat ini, kerajaan Persekutuan belum memuktamadkan spefisikasi mengenai projek yang dijangka siap pada 2030 itu.


“Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk melaksanakan projek LRT di Pulau Pinang dan kita akan teruskan pelaksanaan tersebut.

“Bagaimanapun, kita belum membuat keputusan mengenai spesifikasi projek, apabila kita muktamadkan (mengenai spesifikasi), kita akan umumkan nanti,” katanya.

Projek LRT dengan jarak jajaran dianggarkan kira-kira 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk dua stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral itu, dijangka dimulakan pada September atau Oktober tahun ini.

Sebelum ini, Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan pembangunan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang pada Mac lalu yang dijangka siap pada 2030.

Kerajaan telah memutuskan untuk melantik MRT Corp, syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), sebagai pemaju dan pemilik aset untuk projek tersebut.

-Sinar Harian

1 komen

  1. I loved as much as youll receive carried out right here The sketch is attractive your authored material stylish nonetheless you command get bought an nervousness over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori