Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Agong Ucap...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Pulau Pinang Keluarkan 659...

BUTTERWORTH - Sejumlah 659 sijil halal dikeluarkan di seluruh Pulau Pinang dalam tempoh...

Harga Ladang Mempelam Harum...

RAU - Harga ladang bagi mempelam harum manis musim 2016 bermula April ini...

Suami Dedah Isteri Khalwat,...

ISU suami atau isteri main kayu tiga kini tidak lagi asing dalam negara...

Puasa Sunat Arafah Di Malaysia, Jatuh Pada Ahad

KUALA LUMPUR : Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah, melalui kaedah rukyah dan hisab yang diputuskan Jabatan Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim, berkata penentuan tarikh 9 Zulhijjah berbeza mengikut matla’ (permulaan terbit anak bulan) di negara masing-masing.

“Bagi Malaysia, kita menetapkan (9 Zulhijjah) berdasarkan kaedah rukyah dan hisab. Ini bermakna puasa sunat Arafah pada Ahad ini.

“Aidiladha yang diputuskan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 17 Jun 2024 (Isnin).

“Umat Islam yang tidak mengerjakan haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana banyak kelebihannya,” katanya kepada BH.

Beliau diminta mengulas mengenai kekeliruan umat Islam sama ada puasa hari Arafah bagi rakyat di negara ini jatuh pada 15 Jun, Sabtu mengikut ketetapan Arab Saudi atau sebaliknya mengikut ketetapan falak di tanah air.


Asmadi juga berkata, umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadat dan doa pada 9 Zulhijjah yang juga bersamaan dengan Hari Wukuf di Arafah, Makkah.

“Kita memang sentiasa digalakkan berdoa pada bila-bila masa. Namun, berdoa pada waktu makbul doa adalah satu kelebihan.

“Justeru, umat Islam di negara ini (jangan keliru), kita berdoa waktu mustajab hari Arafah berdasarkan (ketetapan) di Malaysia,” katanya.

Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori