Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Kami Sudah Cuba Hantar...

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyifatkan kenyataan Istana...

WHO Sahkan Pusat Penjagaan...

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan berlaku beberapa serangan ke atas pusat penjagaan...

Pelanggan Pelacur Di Perancis...

PARIS - Parlimen Perancis akhirnya meluluskan satu undang-undang kontroversi yang akan menghukum salah...

Perkembangan Penting Untuk Doktor...

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mengumumkan satu perkembangan penting kepada...

Rasionalisasi Subsidi Diesel Diumum Jam 5 Petang Hari Ini

SHAH ALAM – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani untuk memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Sebelum ini pada 24 Mei lalu, Amir Hamzah berkata, subsidi diesel menyebabkan kerajaan menanggung kos RM1 bilion sebulan, manakala kerugian daripada ketirisan berjumlah RM4.5 juta sehari.

Beliau berkata, pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani untuk memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Semasa mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api dalam ucapan kebangsaan pada 21 Mei, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, subsidi untuk diesel akan ditarik balik untuk ‘orang kaya dan warga asing’.

Subsidi diesel terlebih dahulu akan dirasionalkan di semenanjung, manakala pelaksanaan di Sabah dan Sarawak akan berlaku kemudian, katanya, tanpa menyebut sebarang garis masa pelaksanaan.


Bagi mengelak sebarang kenaikan drastik dalam kos barangan dan perkhidmatan, Anwar berkata, subsidi akan diteruskan kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial berkuasa diesel dan untuk pengangkutan awam.

Sepuluh jenis kenderaan pengangkutan awam, termasuk bas dan teksi, serta 23 kenderaan pengangkutan barang, akan berada di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Subsidi diesel juga akan diteruskan untuk kategori nelayan tertentu.

Anwar menambah, bantuan tunai juga akan diberikan kepada individu yang layak yang memiliki kenderaan persendirian berkuasa diesel, seperti peniaga kecil dan petani, antara lain.

-Sinar Harian

1 komen

  1. I do believe all the ideas youve presented for your post They are really convincing and will certainly work Nonetheless the posts are too short for novices May just you please lengthen them a little from subsequent time Thanks for the post

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori