BATU PAHAT : Reman terhadap seorang anggota polis yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 13 tahun, dilanjutkan tiga hari lagi oleh Mahkamah Majistret, di sini, bermula hari ini.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Perintah itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia 26 tahun sebelum ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kejadian rogol di sebuah hotel di sini, Selasa lalu.
Dia ditahan selepas disyaki merogol remaja baru dikenalinya dua hari sebelum kejadian menerusi aplikasi WhatsApp.
Suspek dikatakan menyewa bilik hotel di bandar ini untuk melakukan perbuatan itu sebelum ditahan sehari selepas kejadian susulan laporan dibuat mangsa.
-Berita Harian