Petaling Jaya : Polis meminta saksi kejadian kemalangan di kawasan parkir gereja di Taman Plaza di sini, pada Jumaat lalu, untuk tampil membantu siasatan.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, polis menerima laporan kejadian itu, 1.23 pagi kelmarin.
“Semakan mendapati kemalangan berlaku jam 11.46 malam ketika seorang lelaki berusia 30-an yang memandu kenderaan ulititi sukan (SUV) dalam perjalanan dari Subang Jaya ke Kelana Jaya.
“Pemandu menyatakan tersalah jalan dan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas masuk ke kawasan parkir gereja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
M Hussin berkata, pemandu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Sampel darah pemandu sudah diambil dan diserahkan ke Jabatan Kimia untuk ujian alkohol dan dadah. Hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak membabitkan unsur sabotaj atau khianat oleh mana-mana pihak,” katanya.
Katanya, pihaknya masih dalam tindakan mengesan dan merakam keterangan saksi bebas kejadian itu.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau berada di lokasi kejadian untuk menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-Harian Metro
certainly like your website but you need to take a look at the spelling on quite a few of your posts Many of them are rife with spelling problems and I find it very troublesome to inform the reality nevertheless I will definitely come back again
Hi i think that i saw you visited my web site thus i came to Return the favore Im attempting to find things to enhance my siteI suppose its ok to use a few of your ideas