Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Masih Adakah Kepimpinan Melalui...

SERING kita dengar tentang peribahasa "kepimpinan melalui teladan". Tetapi apakah kita benar-benar mendalami...

5,720 Kes Covid-19 Dilaporkan...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 5,720 kes, menjadikan jumlah...

Bedil Depan Rumah Di...

Johor Bahru - Dua lelaki cedera selepas ditembak beberapa kali oleh dua lelaki...

Johnson & Johnson Henti...

WASHINGTON – Syarikat multinasional Amerika Syarikat (AS), Johnson & Johnson (J&J) akan berhenti...

Sistem AI Dalam Bidang Pekerjaan Mesti Tertakluk Syarat Ketat

PELANCARAN Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 pada 1 September lalu bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital, seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

NIMP 2030 akan memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia sebagai negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu.

Penggunaan teknologi sebenarnya berlaku terlebih dahulu dalam sektor perindustrian seperti pembuatan dan kesihatan. Penggunaan mesin automasi secara meluas dalam sektor pembuatan di kilang dapat mempercepatkan aktiviti kerja dan meningkatkan hasil pengeluaran. Aktiviti kerja di kilang dan premis perniagaan mempercepatkan kerja, seterusnya menghasilkan pengeluaran tinggi.

Tidak seperti sektor pertanian menggunakan peralatan dan jentera berasas teknologi dan sektor pembuatan menggunakan mesin automasi, sektor pembinaan dilihat masih belum meneroka dan menggunakan teknologi robotik dan automasi.

Usaha ke arah penggunaan mekanisasi dan automasi dalam sektor pembinaan harus dimulakan kerana sektor ini banyak bergantung kepada tenaga buruh asing. Sekiranya perkara ini dapat dilakukan, maka Malaysia boleh disifatkan antara negara awal meneroka penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), robotik dan automasi dalam sektor pembinaan.

Selain meningkatkan keberkesanan kerja dan hasil pengeluaran, penggunaan teknologi boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang jumlahnya sehingga 15 Mac lalu menurut perangkaan Jabatan Imigresen (JIM) ialah 2,171,798 orang. Kebergantungan pada pekerja asing mengakibatkan jumlah pengaliran wang tinggi ke luar negara.

Selain itu, penggunaan robotik juga dapat mengurangkan risiko kecelakaan industri sering dialami manusia, terutama dalam sektor pembuatan dan pembinaan. Penggunaan robotik di tempat berisiko adalah langkah baik untuk mengurangkan risiko bencana kerja kepada pekerja.

Namun, aspek keselamatan di tempat kerja masih perlu dijaga, walaupun teknologi robotik dan automasi digunakan. Ini kerana kemalangan juga boleh berlaku akibat tekanan dan himpitan robotik serta mesin automasi ke atas pekerja.

Dalam hal ini, majikan dan pekerja perlu mematuhi peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dengan mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan risiko bahaya di tempat kerja.

Pihak pengurusan di setiap tempat kerja mesti menyediakan dokumen pentaksiran risiko bagi menghadapi dan menangani risiko kemalangan pekerjaan akibat penggunaan mesin berteknologi tinggi.

Penggunaan AI dalam alam pekerjaan kini melalui fasa hebat dan menarik. Ia memberi kesan positif kepada pihak pengurusan dan pekerja. AI boleh ditakrifkan sebagai ciptaan manusia menerusi penggunaan dan penyusunan algoritma mengolah semua data terkandung dalam internet serta boleh memberi tindak balas seolah-seolah menyerupai manusia.

Ia memudahkan dan mempercepatkan kerja dilakukan manusia. Produktiviti kerja akan meningkat dengan begitu drastik. AI mampu membantu hasil cipta berdasarkan teknologi mengagumkan.

Kehebatan AI berlaku dalam banyak bidang pekerjaan seperti penjagaan kesihatan, kenderaan tanpa pemandu, pemprosesan bahasa, robotik, kaedah pendidikan, pertanian, tenaga dan alam sekitar, hiburan serta keselamatan.


AI membantu bidang perubatan menghasilkan pengimejan perubatan, perubatan peribadi dan analitik prediktif; kenderaan automatik pula berkait dengan kereta pandu sendiri dan sistem bantuan pemandu kendiri, pemprosesan bahasa semula jadi menghasilkan chatbot dan pembantu maya.

Pekerja harus tingkatkan kemahiran

Sungguhpun begitu, kesan negatif juga wujud yang mana banyak kerja dilakukan manusia kini diambil alih AI kerana dilihat mampu mengurangkan tenaga kerja manusia dalam banyak bidang pekerjaan kini dan masa hadapan. Pekerja harus segera meningkatkan kemahiran mereka supaya dapat meneroka bidang belum diambil alih AI.

Kepada pihak pengurusan, banyak perkara mengurus sumber manusia mampu dilakukan atau dibantu AI seperti pengambilan, latihan dan penilaian pekerja, hal-ehwal pengurusan kewangan serta tindakan disiplin.

Kepada pekerja pula, AI memudahkan tugas daripada kerja manual dilakukan berulang-ulang sehingga kepada kerja memerlukan inovasi dan reka cipta. Namun, AI memberikan kesan negatif jika disalah guna. Ia boleh menyebabkan ketidakadilan serta melanggar hak asasi manusia.

Isu seperti pelanggaran kerahsiaan data peribadi serta ketidakadilan dalam pengurusan sumber manusia boleh berlaku kerana AI bertindak berdasarkan data dikumpul dan dimasukkan manusia ke dalam sistem teknologi internet.

Justeru, Malaysia perlu menggubal garis panduan atau peraturan berhubung penggunaan AI khususnya di tempat kerja supaya penggunaannya tidak memberi mudarat kepada pengurusan dan pekerja.

Negara Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan kerangka perundangan berhubung AI merangkumi pelbagai peraturan termasuk pekerjaan. Peraturan AI berhubung pekerjaan menggolongkannya sebagai berisiko tinggi. Justeru, sistem AI dalam bidang pekerjaan mesti tertakluk kepada keperluan atau syarat ketat.

Hal ini termasuk pengurusan risiko yang lengkap, pengumpulan data berkualiti dan pemantauan manusia. Pihak pengurusan perlu mengurus data secara berkualiti dan bersesuaian, menyimpan dan menyenggara dokumen serta rekod, bersifat telus dan jelas kepada pekerja.

Pemantauan manusia ke atas AI perlu dilakukan jika keadaan memerlukan. Sistem AI perlu mempunyai elemen ketepatan, ketahanan dan keselamatan siber. Sinergi kerjasama antara industri dengan syarikat pemula melakukan pelbagai inovasi berdasarkan teknologi perlu dipertingkatkan.

Ini kerana syarikat pemula menghasil cipta inovasi teknologi tinggi berdasarkan penggunaan AI akan memberikan manfaat kepada penggiat industri.

Penulis adalah Profesor Undang-Undang (Buruh dan Industri), Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori