Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa yang dipindahkan akibat banjir di Terengganu pagi ini...

Tanah Adat Melaka Meningkat...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan Tanah Adat Melaka...

Pas Gerakkan 15,000 Jentera...

JOHOR BAHRU : Kira-kira 15,000 jentera Pas akan digerakkan dalam Pilihan Raya Negeri...

BAM Mahu Pemain Dilengkapi...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu memastikan semua pemain negara dilengkapi...

Suspek Larikan Kereta Honda City Sudah Ditahan

Kuantan : Seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin, berjaya ditahan di Bentong, awal pagi ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang mengesahkan penahanan itu, berkata kereta yang dicuri itu juga turut ditemui.

“Ya, suspek sudah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui,” katanya melalui mesej tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai penahanan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Bentong pada 12 tengah hari ini.

Dalam kejadian 3.10 petang kelmarin, warga emas berusia 68 tahun bersama suami, 77 dan anak perempuan yang juga pemilik kereta, 38 yang menaiki kereta singgah di stesen minyak.


Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Ketika itu, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu.

Mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan.

-Harian Metro

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori