Monday, July 1, 2024

Creating liberating content

Luahan Lelaki Tentang Kekasih...

HATI lelaki mana yang tak hancur berkecai apabila mengetahui gadis yang dicintai meninggalkannya...

Polis Bongkar Makmal Dadah,...

GEORGETOWN - Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan empat sekeluarga dan seorang...

BN Tanpa Gagal Sedia...

SEMPORNA - Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal menyediakan pelbagai ruang dan peluang pendidikan...

Bunuh Jururawat: Lelaki Pakistan,...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria...

Terengganu Akan Berusaha Tuntut Baki Royalti

Marang: Terengganu akan terus berusaha menuntut baki pembayaran royalti petroleum atau Wang Ehsan yang dianggarkan mencecah lebih RM1 bilion yang sepatutnya diberikan kepada negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu termasuk baki kira-kira RM700 juta yang belum dilunaskan kerajaan Persekutuan bagi tahun 2023 dan bayaran untuk tahun ini.

“Masih lagi banyak bakinya (royalti) (kalau tak silap) saya rasa campur dengan tahun ini, lebih RM1 bilion.

“(Buat masa ini) kerajaan (negeri) diminta untuk mengemukakan tuntutan berdasarkan kepada program dan juga keperluan kewangan dari masa ke semasa, ‘claim’ (tuntutan) baharu akan dipertimbangkan.

“Daripada segi pertemuan pula, walaupun tidak ada perbincangan yang khusus mengenai royalti tapi saya sudah menyuarakan kepada Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) mengenai keperluan semasa yang berlaku setiap bulan.

“Apa yang berlaku ialah pertimbangan itu saya dimaklumkan akan dibuat kementerian kewangan setiap bulan,” katanya selepas melancarkan Temasya Sukan DAR Terengganu di Kelulut di sini hari ini.

Ahmad Samsuri juga memaklumkan tidak mempunyai jawapan mengapa baki pembayaran itu tidak dilunaskan seperti yang dijadualkan.


“Saya pun tak faham, tidak ada alasan (dan) bagi kerajaan negeri, kita tidak ada (dan) tak faham sebenarnya apa alasannya. Itulah keadaan sekarang ini dan kita akan berusaha (untuk dapatkan wang royalti itu),” katanya.

Untuk rekod, setakat Oktober tahun lalu, Kerajaan Persekutuan dilaporkan sepatutnya memulangkan wang royalti kira-kira RM1.5 bilion yang menjadi hak rakyat Terengganu.

Bagaimanapun, kerajaan negeri dilaporkan hanya menerima RM510 juta dan ia adalah bayaran paling rendah berbanding tahun sebelumnya, iaitu sejak 2018 hingga 2022.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan dilapor sudah menyalurkan wang ihsan sebanyak RM172.3 juta kepada Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan pada April lalu.

Ia bertujuan membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri, selain bayaran RM103.1 juta untuk obligasi Kerajaan Terengganu kepada kontraktornya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik berkata, kerajaan Madani komited memastikan wang ihsan dikhususkan untuk manfaat Terengganu dan Kelantan.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori