Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Siapa Sebenarnya CEO SPV...

KUALA LUMPUR - Kedudukan sebenar ketua pegawai eksekutif (CEO) Syarikat tujuan khas (SPV)...

3 Borang Pencalonan PRK...

KUALA KANGSAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan tiga borang pencalonan telah...

DBKL Umum Perkhidmatan Kena/Tidak...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengeluarkan senarai perkhidmatan...

Diesel Bernilai RM354,371 Dirampas...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 merampas 161,078 liter diesel bersubsidi...

Terkini: Polis Siasat Motif Pembunuhan Zayn Rayyan

Petaling Jaya : Polis menyiasat motif pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin susulan penahanan ibu bapanya, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, motif pembunuhan juga setakat ini masih dalam siasatan.

“Mereka berdua (ibu bapa) direman seminggu bermula hari ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Penangkapan mereka berpandukan hasil risikan sejak hari kejadian lagi sehingga sekarang,” katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut masih belum dapat didedahkan buat masa ini.


“Ibu bapa terbabit ditahan 10.05 pagi semalam oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, siasatan ke atas suspek dijalankan sejak enam bulan lalu bagi mengumpul bukti pembabitan mereka.

“Selepas risikan dijalankan dan menemui perkembangan baharu polis menahan ibu bapanya semalam,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini, Disember tahun lalu, ditahan polis semalam.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori