PETALING JAYA – “Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Beliau mendakwa, majistret turut merekodkan bantahan peguam terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu.
Peguam kepada ibu kanak-kanak itu membantah permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.
Pagi tadi, hanya ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu, dibawa untuk merekodkan keterangan selepas dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini, pada jam 12.50 tengah hari, pada Rabu.
Wanita berkenaan yang memakai baju lokap berwarna ungu, dikawal ketat pihak polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van polis pada jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah.
-Sinar Harian
xnxx
I loved as much as youll receive carried out right here The sketch is attractive your authored material stylish nonetheless you command get bought an nervousness over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike