Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

7 ‘Tanggang Moden’ Aniaya...

HATI bapa mana yang tidak luluh apabila anak kandung yang dibesarkan dengan penuh...

Muhyiddin Nafi Buat Laporan...

TAN Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman Facebook yang dikemas kini admin pada Khamis,...

Rompak Bersenjata, Mekanik Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang mekanik terpaksa menangguhkan perkahwinannya selepas dijatuhkan hukuman penjara enam...

Bukan Mudah Ajak Haliza...

HALIZA Misbun tidak pernah meninggalkan dunia lakonan, cuma dia tidak mendapat jalan cerita...

Tiada Sekolah Terkecuali Program DLP – Fadhlina

NIBONG TEBAL : Tiada sekolah yang terkecuali dalam melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata semua sekolah termasuk sekolah berasrama penuh perlu mematuhi garis panduan ditetapkan berhubung pelaksanaan program berkenaan yang bertujuan Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Kementerian Pendidikan (KPM) sedia membantu mana-mana sekolah yang berdepan masalah pelaksanaan garis panduan berhubung program DLP itu.

“Tak betul (dakwaan ada sekolah tertentu dikecualikan ikut garis panduan DLP), semua (sekolah) kita sudah tegaskan kena pakai dan rujuk kita punya garis panduan yang ia tidak ada masalah .

“Setakat ini, sekolah-sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan DLP, kita akan turun dan bantu sekolah terbabit untuk melaksanakan garis panduan berkenaan,” katanya.

Beliau mengulas laporan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim yang mendakwa sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan pelaksanaan DLP.


Noor Azimah sebelum itu memberitahu bahawa garis panduan baharu itu juga dengan jelas mengecualikan Sarawak, membenarkan semua sekolah rendah menjalankan DLP sepenuhnya sejak 2020, bermakna bahasa pengantar semua kelas Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris.

Terdahulu Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Peluncuran Sekolah Pengajar Program Sahabat Bahasa Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap, hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut menggesa KPM menjelaskan sebab MCKK dan Kolej Tunku Kurshiah diberi kelonggaran ‘mengabaikan’ peraturan baharu DLP.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM komited untuk memastikan peningkatan dan kecekapan berbahasa menerusi dasar MBMMBI, antaranya menubuhkan Pasukan Khas Reformasi Pendidikan dengan memperkenalkan Sahabat Bahasa untuk membudayakan dan menyemarakkan pelaksanaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara komprehensif.

“Inisiatif ini dilaksanakan di bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan terdiri sekolah IPG, Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori