Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Denmark Lakar Sejarah Julang...

KUNSHAN - Denmark mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan Eropah pertama merangkul trofi...

Masjid Digesa Tidak Hanya...

KUANTAN - Semua masjid di Pahang digesa meningkatkan taraf ekonomi sendiri tanpa bergantung...

Hanez Suraya Tertekan Berat...

SIAPA yang tak kenal dengan pelakon cantik Hanez Suraya yang dulunya pernah terpalit...

Google Hasilkan Sistem Kawalan...

PEMBANTU maya seperti Siri dan Google Now banyak memberi bantuan untuk mempercepatkan proses...

Tiada Tangkapan Terbaru Kes Bunuh Zayn Rayyan

SETIU : Tiada tangkapan terbaru dilakukan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada Disember lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata setakat ini, hanya ibu bapa kepada Zayn Rayyan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, masyarakat juga diminta memberi ruang kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan.

“Bagi pihak polis untuk menyiasat tangkapan kedua ibu bapa dia.

“Buat masa ini (tiada tangkapan lain). Itu sahaja,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, di sini.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan penahanan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan adalah berkaitan pembunuhan kanak-kanak itu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dalam kenyataan berkata pasangan suami isteri itu ditahan kelmarin dan direman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum mayatnya ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori