Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Konfederasi Hoki Malaysia Hilang...

KUALA LUMPUR - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bakal hilang khidmat K.Logan Raj selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) yang...

Polis Siasat Video Viral...

BATU PAHAT - Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki memukul wanita menggunakan kasut...

The Edge Berjaya Peroleh...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd hari ini berjaya...

Seludup Minyak: 13 Penguatkuasa...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan 15 individu termasuk...

Tiga Ditahan, Rogol Remaja Bawah Umur

Petaling Jaya : Remaja 15 tahun antara tiga lelaki ditahan kelmarin, disyaki terbabit kes rogol remaja perempuan berusia 13 tahun di Kota Damansara, di sini, 1 Jun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, semakan rekod mendapati kesemua suspek berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun tiada rekod lampau.

“Kejadian bermula apabila mangsa berkenalan dengan seorang lelaki melalui media sosial, lalu dibawa menaiki kereta dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Mangsa dibawa ke sekitar Kota Damansara yang mana mangsa didakwa dirogol oleh dua suspek yang tidak dikenalinya, pada 12.50 tengah malam,” katanya kepada Harian Metro hari ini.


Menurutnya, seorang lagi suspek didakwa menjadi pengawal sebelum dipercayai mencabul kehormatan mangsa.

Katanya, semua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bermula semalam sehingga 2 Jun.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • rogol

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori