Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rosmah Sampaikan Bantuan Pasca...

KEMAMAN - Persekitaran Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Seberang Tayor dekat Air...

MyBas Di Perlis Dijangka...

KANGAR - Perkhidmatan bas henti-henti atau MyBas di negeri ini pelancarannya tertangguh dua...

3.5 Juta Sudah Terima...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 3.5 juta penduduk di Malaysia yang berusia 18 tahun...

KKM Jejaki 5,000 Peserta...

PUTRAJAYA - Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia...

TMJ Pertikai MFL Kurangkan Hukuman Selangor FC

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail mempertikai tindakan Malaysian Football League (MFL) yang mengurangkan hukuman terhadap Selangor FC selepas dimurkai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu hantaran di Facebooknya, secara sinis Tunku Mahkota Ismail berkata, mana-mana kelab yang melakukan kesalahan selepas ini boleh meminta Sultan masing-masing tulis surat murka bagi meringankan hukuman.

Dalam tulisannya itu, tanpa menghuraikan, baginda turut mempersembahkan “tokong” sebenar bola sepak Malaysia.

“Selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang kiga, suruh Sultan tulis surat murka sahaja senang.

“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat.

“Selepas ni Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh?” titah baginda.

Semalam, MFL memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap Selangor FC kerana tidak hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih di Johor pada 10 Mei lepas.

Tindakan itu dibuat susulan faktor keselamatan selepas bintang mereka Faisal Halim disimbah asid yang menyebabkan kecederaan teruk oleh pihak tidak dikenali.

Dalam kenyataannya, MFL berkata ahli Lembaga pengarah “menggunakan budi bicara” untuk membuat keputusan itu sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor Sultan.


Menurut MFL, denda terhadap Selangor FC dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM60,000 manakala pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 juga dibatalkan.

MFL turut membatalkan larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut dibatalkan.

Namun bayaran pampasan kerugian yang perlu dibayar kepada pasukan JDT dan MFL dikekalkan.

Sementara itu, Tunku Mahkota Ismail turut membandingkan hukuman yang dikenakan badan itu terhadap JDT pada tahun 2013 apabila didenda ratusan ribu.

Namun, baginda tidak pula meminta Sultan Johor supaya mengeluarkan surat bagi mengurangkan hukuman berkenaan.

“JDT daripada 2013 kena denda beratus ribu, saya kena ‘banned’ 6 bulan, tidak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau buat kenyataan.

“Siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat ‘U-Turn’ tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda tokong sebenar bola sepak Malaysia,” tulisnya lagi.

-Malaysia Kini

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori