Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mourinho Beri Arsenal Mkhitaryan,...

MANCHESTER United dilaporkan berminat menandatangani Alexis Sanchez dari Arsenal dan Jose Mourinho telah...

Zizie Izette Rindu Mahu...

Zizie Izette mengakui dia rindukan bidang lakonan setelah lama tidak muncul di kaca...

Robert Irwin Ikut Jejak...

QUEENSLAND - Anak kepada selebriti televisyen Australia, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai...

Botak Akibat Penyakit, Wanita...

DOHA - Rambut memang jelas adalah mahkota wanita. Dengan rambut panjang dan lebat,...

Tukang Urut Bergelar Juara Dunia

KUALA LUMPUR : Pengorbanan atlet boling padang para negara yang juga seorang tukang urut, Muhamad Ayub Mohd berbalas selepas berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki B2 (separa rabun) di Kejohanan Boling Padang Dunia di Afrika Selatan yang berakhir Jumaat lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Atlet berusia 42 tahun itu, berkata kejayaan merangkul emas sulung di pentas antarabangsa cukup bermakna buat dirinya terutama selepas terpaksa berkorban meninggalkan isteri yang juga orang kelainan upaya (OKU) untuk menguruskan anak-anak.

Katanya, dia bekerja keras untuk memberikan terbaik di kejohanan berkenaan kerana sedar Malaysia sudah lama tidak memenangi emas di Kejohanan Dunia sejak kali terakhir memenanginya pada edisi 2004.

“Alhamdulillah saya benar-benar terharu kerana ini adalah emas pertama di kejohanan dunia. Lebih 10 tahun saya membabitkan diri dalam sukan ini dan ini kali pertama saya meraih pingat emas di peringkat antarabangsa.

“Saya memang tidak jangka mampu meraih emas kerana cabaran dari negara-negara yang lain yang mempunyai pengalaman dan juga taktikal lebih bagus daripada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kepulangan skuad boling padang negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ayub memaklumkan bukan mudah untuk dia melakar pencapaian itu kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi.

“Saya sudah berkeluarga dan terpaksa meninggalkan isteri dan juga anak-anak. Isteri saya juga OKU dan saya terpaksa lepaskan tanggungjawab kepada dia, jadi agak berat apabila dia terpaksa menguruskan anak-anak.

“Demi sukan dan negara, saya terpaksa pergi juga. Selain itu, saya juga bekerja sendiri sebagai tukang urut, bila menyertai latihan, saya hilang pendapatan di situ.


“Semua itu adalah faktor utama menguatkan semangat saya untuk memburu emas,” katanya.

Dalam pada itu, Malaysia turut membawa pulang emas dalam acara perseorangan wanita B2 menerusi Hasmiunirah Maliki.

Hasmiunirah, berkata dia tidak menjangka dapat memenangi emas kerana pemilihannya beraksi di kejohanan itu dilakukan pada saat akhir bagi menggantikan rakan sepasukan, Jariah Zakariah yang juga pemenang gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 yang pergi menunaikan ibadah Haji.

“Saya langsung tidak menjangkakan dapat meraih pingat emas, serta mencatatkan keputusan tanpa kalah di kejohanan ini, jadi memang saya hilang kata-kata.

“Saya hanya diberitahu seminggu sebelum kejohanan, mujur saya masih ada melakukan sesi latihan di Bukit Kiara, walaupun tidak mencukupi, tetapi stamina saya masih ada,” katanya.

Malaysia turut meraih gangsa menerusi Mohd Zamrie Hasan dalam acara perseorangan campuran B1.

-Berita Harian

1 komen

  1. Its like you read my mind You appear to know so much about this like you wrote the book in it or something I think that you can do with a few pics to drive the message home a little bit but other than that this is fantastic blog A great read Ill certainly be back

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori