Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Syarikat Induk CNN Hentikan...

SYARIKAT  induk kepada rangkaian stesen penyiaran CNN, TBS dan TNT, Turner Broadcasting menghentikan...

Perkhidmatan MRO: Destini &...

KUALA LUMPUR - Destini Bhd dan Felcra Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman...

2 Makmal Ditemui, Dadah...

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah antarabangsa dengan...

Jual Anak Beli Tiket...

SAINT PETERSBURG - Mahkamah Russia menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang...

Tumpahan Minyak Dari Singapura, Cemari Satu Kilometer Pantai Di Johor

JOHOR BAHRU: Tumpahan minyak susulan pelanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang, Singapura pada Jumaat lalu, dikesan mencemarkan kira-kira satu kilometer (km) garis Pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata tumpahan minyak berkenaan dikesan hanyut ke perairan negara iaitu di Pengerang, sejak pagi kelmarin.

“Kejadian pelanggaran kapal pada 14 Jun atau Jumaat lalu di Terminal Pasir Panjang, Singapura, sebuah pelabuhan dalam wilayah republik itu telah menyebabkan tumpahan minyak sebanyak 400 tan.

“Dengan keadaan ombak yang bergelora selama beberapa hari, tumpahan minyak berkenaan dikesan telah hanyut ke perairan negara kita iaitu di Pengerang pada pagi Rabu lalu.

“Kesan tumpahan minyak berkenaan telah ditemui di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia dan telah mencemarkan kira-kira satu km garis pantai lokasi berkenaan.

“Syarikat insurans yang bertanggungjawab terhadap syarikat perkapalan terbabit dalam insiden pelanggaran itu telah melantik sebuah syarikat kontraktor yang berkemampuan, untuk membersihkan tumpahan minyak sekali gus menjalankan kerja-kerja pembersihan. Semua kos akan ditanggung oleh syarikat insurans berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Kerajaan Johor dilaporkan sedang memantau kesan tumpahan minyak di perairan negeri ini susulan insiden pelanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang, Singapura, Jumaat lalu.

Tian Soon dilaporkan berkata, ia susulan kuantiti tumpahan minyak hasil pelanggaran itu adalah besar iaitu membabitkan kira-kira 400 tan.

Jumaat lalu, sebuah kapal dari Belanda, Vox Maxima, dilaporkan melanggar kapal tangki minyak dari Singapura, Marine Honor, di Terminal Pasir Panjang, Singapura.


Ia menyebabkan kapal tangki minyak yang dilanggar bocor hingga berlaku limpahan minyak mengalir ke kawasan perairan dan laut di Terminal Pasir Panjang.

Pihak berkuasa Singapura dilaporkan memperluaskan usaha pembersihan ke lebih banyak kawasan perairan republik itu berikutan tumpahan minyak besar telah dikesan merebak sehingga ke perairan Changi, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng berkata, kerja pembersihan di kedua-dua pantai berkenaan telah bermula secara rasmi pagi ini.

Katanya, ia susulan penyelarasan dilakukan membabitkan pelbagai agensi semalam.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor; Pejabat Daerah Kota Tinggi; Jabatan Laut dan agensi lain akan terus memantau kerja pembersihan bagi memastikan kawasan pantai yang tercemar dengan minyak dibersihkan dan keadaan kembali pulih seperti biasa.

“Pihak berkuasa berkaitan juga akan terus memantau keadaan di permukaan laut dan bersedia pada bila-bila masa bagi menghadapi apa jua kemungkinan.

“JAS Johor dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura, akan terus berkerjasama dan berkongsi maklumat untuk memastikan insiden pencemaran minyak ini dapat diselesaikan dengan berkesan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori