Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mahathir Sedia Lepaskan Jawatan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri...

BR1M Timbulkan Beban Kewangan...

PUTRAJAYA - Keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan pembayaran Bantuan...

Malaysia Perlu Bersuara Isu...

KUALA LUMPUR tidak boleh mendiamkan diri dalam menentang matlamat Presiden Donald Trump menjadikan...

Kenaikan Bantuan Khas Bukan...

ALOR SETAR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kenaikan...

Tuntutan Palsu: Enam Penjawat Awam Direman

MELAKA – Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perintah reman bermula Khamis hingga Ahad ini terhadap suspek berusia 40 hingga 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Nabilah Nizam.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Melaka antara jam 2 hingga 4 petang pada Rabu.

Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie berkata, semua suspek itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen mempunyai butiran matan palsu.


“Tuntutan itu (didakwa) bagi tujuan bayaran pekerja Personel MySTEP sedangkan ia tidak wujud mahupun bekerja di jabatan kerajaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori