Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

4 Cedera Dalam Insiden...

TEHRAN - Sekurang-kurangnya empat pengawal keselamatan cedera dalam insiden tembakan di dalam bangunan...

Lombong Air Biru Jadi...

BETAPA hebatnya kuasa viral apabila sesebuah tempat yang dahulunya tidak diketahui oleh orang...

Hudud: Berilah Masa, Ruang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan...

Pemandu, Kelindan Maut Langgar...

SEPANG - Pemandu dan kelindan lori tiga tan maut dalam kemalangan di kilometer...

Ukraine Terus Lakukan Serangan Dron Di Wilayah Selatan Russia

MOSCOW : Ukraine menyasarkan wilayah selatan Russia di Ossetia Utara dengan serangan dron yang pertama hari ini, menyebabkan berlaku kerosakan kecil, menurut pihak berkuasa tempatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Gabenor Ossetia Utara, Sergei Menyailo, berkata tiga dron disasarkan ke lapangan terbang tentera berhampiran bandar Mozdok, lebih 700 kilometer dari barisan hadapan.

“Serangan itu digagalkan oleh pasukan pertahanan udara Kementerian Pertahanan Russia.

“Kerosakan kecil dan kebakaran direkodkan, namun tiada sesiapa yang cedera,” katanya.

Video media sosial yang dikatakan dirakam di rantau itu menunjukkan dron terbang di atas kepala, manakala gambar menunjukkan apa yang kelihatan seperti serpihan dron bertaburan di atas tanah.


Menyailo berkata, semua perkhidmatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

“Demi keselamatan rakyat, kami memutuskan untuk membatalkan semua acara besar-besaran di daerah Mozdoksky,” katanya.

Ukraine sering menyasarkan kemudahan ketenteraan dan tenaga di wilayah Russia dalam serangan dron, kadangkala menyasarkan jawasan ratusan kilometer dari barisan hadapan ketenteraan mereka.

Bagaimanapun, Ukraine masih tidak mengulas serangan itu, namun, akhbar Ukrainska Pravda memetik perisikan tentera Kyiv sebagai berkata mereka berada di sebalik serangan itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori