Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Usahawan Kosmetik, Rakan Direman...

BANDAR BARU BANGI - "Tak baik tau," itu reaksi seorang usahawan kosmetik kontroversi...

Banjir: 27,260 Anggota Bomba...

KUALA LUMPUR - Seramai 27,260 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan...

Jumlah Pelancong Eropah Ke...

MELAKA - Jumlah kedatangan pelancong Eropah ke Melaka mencatatkan peningkatan kepada 212,524 orang...

Azmin Jumpa Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan...

Wanita Maut, Dua Cedera Kereta Langgar Penghadang Jalan

Sibu : Wanita maut manakala dua lagi cedera apabila kereta yang dinaiki melanggar penghadang jalan di Jalan Kelupu-Julau-Durin (KJD), di sini, dua kilometer (km) menuju ke arah Jejambat Julau, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, mangsa yang maut ialah Eveely Emilya Epah, 22, yang juga penumpang hadapan, manakala suami mangsa Wilson Ajut, 25, cedera tangan kiri dan seorang lagi penumpang, Linda Ujang, 19, patah kaki kiri.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.15 malam dan mengerakkan anggota ke lokasi.

“Tiba di lokasi didapati, mangsa wanita tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pemandu keluar sendiri dari kenderaan dan penumpang belakang dikeluarkan oleh pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan, di sini.


Menurutnya, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia dari kenderaan yang remuk sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku sewaktu kenderaan dipandu Wilson sedang dalam perjalanan dari arah Betong menuju ke Song, Kapit di bahagian tengah Sarawak.

-Harian Metro

2 KOMEN

  1. certainly like your website but you need to take a look at the spelling on quite a few of your posts Many of them are rife with spelling problems and I find it very troublesome to inform the reality nevertheless I will definitely come back again

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori