Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Sabah Puas Hati...

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah berpuas...

Latihan Skala Penuh Nahas...

KOTA KINABALU - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengadakan latihan kemalangan pesawat berskala...

Orang Kampung Jadi Jutawan...

BIJAK mengambil peluang dengan penggunaan teknologi terkini nyata memberi peluang kepada segelintir masyarakat...

2 Suspek Kes Bakar...

KUALA LUMPUR ā€“ Dua lelaki yang direman selama tiga hari susulan kes kebakaran...

Wanita Maut, Tujuh Termasuk Bayi Cedera Dalam Kemalangan

Tanah Merah : Wanita maut, manakala tujuh individu lain termasuk bayi cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Belimbing, di sini, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II A Kamalhakim Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 8.53 malam dan sepasukan lapan anggota ke lokasi.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Bezza serta kenderaan utiliti sukan Honda HRV.

“Mangsa wanita yang menaiki Honda City disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga mangsa yang menaiki Perodua Bezza termasuk bayi parah.


“Empat mangsa menaiki Honda HRV hanya cedera ringan,” katanya yang memaklumkan semua mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah

Katanya, operasi itu ditamatkan pada 10.13 malam.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori