Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Wanita Berang Tampal Tuala...

CHINA – Malu sendiri. Itu yang berlaku kepada seorang wanita, Li Tan, 23,...

Shae Tidak Terkenal Di...

PETALING JAYA - Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang iaitu Shae tidak berasa...

Islam Sudah Tetapkan Adab...

PUTRAJAYA - Islam menetapkan adab dalam menegur dan menasihati pemimpin yang dilantik mengikut...

Guru Kes Murid Maut...

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan simpati, sedih dan takziah kepada keluarga...

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan, Salah Guna Pas Didenda RM2,800

BATU PAHAT : Wanita warga Vietnam didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan dan menyalah guna pas lawatan sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Thi Bich Vu, 37, yang juga ibu kepada seorang anak mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun kerana mencari langganan untuk tujuan pelacuran di sebuah hotel di Jalan Maju, di sini, jam 10.25 malam, 4 Jun lalu.

Pertuduhan kedua pula, dia didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39 (b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.


Menurut fakta kes, polis menjalankan serbuan ke atas sebuah hotel dan mendapati tertuduh berada dalam sebuah bilik.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan untuk tujuan aktiviti tidak bermoral itu.

Hasil pemeriksaan polis mendapati tertuduh juga menyalah guna pas lawatan sosial untuk tujuan sama.

-Berita Harian

1 komen

  1. Your blog is a breath of fresh air in the often mundane world of online content. Your unique perspective and engaging writing style never fail to leave a lasting impression. Thank you for sharing your insights with us.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori